Wednesday 30 March 2011

Biarkan CINTA itu Pergi


CINTA itu suci, tapi itu orang yang kata, CINTA itu indah, tapi itu juga orang kata, CINTA itu macam manisan,yang bila dinikmati walaupun sekali, tetapi manisnya tetap terasa selamanya, betul ke???? entah aku tak tahu, sebab CINTA bagi aku sebuah MIMPI ngeri, sebuah nightmare, walaupun hanya mimpi tetapi tetap menyeramkan...

Aduhhh..kenapa semua ni harus terjadi pada aku???? CINTA yang aku rasa suatu nikmat kini jadi sebaliknya???? kalau lah boleh aku padamkan memori tentang sebuah kisah CINTA miliku ini, telah lama akan aku buat begitu tapi itu semua jika wujudnya sebuah 'KALAU'..Aku sangat KECEWA dengan perkataan itu sejak dari dulu lagi....


Namun kata orang barang yang lepas usah di kenang, kelak nanti kita yang MERANA, aku selalu memujuk hatiku ini...Kadang-kadang bukan aku nak sangat kenang semua tu, tapi OTAK aku asyik sangat nak fikir pasal benda ni, tak faham....tak faham!!!!! issshhhhhhh..siapa-siapa tolonglah faham, otak aku ni..degil yang amat sangat....


Sekarang aku termenung sendirian, membiarkan ANGIN menampar lembut pipiku..Aku bersedih ketika DIA pergi, mungkin semua itu bukan untuk aku...Aku yakin suatu hari nanti akan tiba saatnya...seseorang yang benar-benar menyayangiku...dan mungkin DIA akan lebih bererti untuk mengisi kepermegian 'DIA'

Monday 28 March 2011

Sedetik Lebih





CINTA akan pantai...Segalanya indah di mata kita..memikirkan setiap masa tentang keindahannya..Aku tahu amat sukar untuk aku melupakanmu...Segalanya SAYANG KU  hanya untukmu.....Kini aku pasrahkan dalam HIDUP ku...Kutakan setulus HATI yang aku sangat MENCINTAIMU...Semurni CINTA ku kepada mu..


Begitulah yang kini ku RASAkan....Hangatnya CINTAmu sehangatnya RINDUku...Pecayalah SAYANG, diriku KASIH ku, kaulah yang terakhir bagiku....Kau lah diantara sekian CINTAku selama ni....


Ku ingin memeluk dirimu penuh KEMESRAAN...Dapat kurasakan yang KITA saling MENYAYANGI....Bagaikan "KELAPA di HANYUT OMBAK" yang akhirnya menyatukan kita SELAMAnya...."SEDETIK LEBIH" takkan berakhir di pantai "CINTA" kita....

Saturday 26 March 2011

Tidak Dapat Ku Bayangkan





Hurmmm kata orang CINTA kan BUTA.... xkenal usia, rupa & darjat...Then bila dah BERCINTA..dunia indah bagaikan SYURGA...Romantiknya sang PENCINTA takala CINTA berbunga di ruang RINDU...Malahan sang bayu akan cemburukan CINTA mereka.......

Namun apa yang di impikan tidak selalu menjadi kenyataan....Walau sekuat mana CINTA...jika ada secalit EGO...secubit BENCI..& setitik panas baran...CINTA bak syurga xkan mampu kukuh...Akhirnya akan umpama kapal TITANIC....

Kalo aku berada kat tempat dimana CINTAyang retak menanti belah...ya ALLAH...X sanggup aku hadapinya....hurmmmm..hanya DOA boleh aku panjatkan agar hubungan kekal & bahagia selamanya....


Bohong sangat lah klu dalam hubungan tu x pernah ada tegangnya...bak kata Lestari..."CINTA itu KETAWA dan AIR MATA"...hurmmm..layanzzzz

Belum pernah ada CINTA
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata




Oke...the point here..CINTA itu kena handle dengan sedikit rasa SABAR & BERSYUKUR....Hargailah CINTA yang ada......

Wednesday 23 March 2011

Adakah CINTA itu bukan milik AKU by: P-Dausesiest Glambert



CINTA ibarat kelapa yang hanyut di lautan..apabila di hanyut ombak, CINTA datang dan pergi..Sering kali kita melihat kanak-kanak mengutip kelapa di persisiran pantai...AKU bertanya pada diriku, adakah CINTAku sebegitu???


Hidup ini kadang-kadang membosankan tanpa seseorang, kita ingin sesorang, tapi bila dia sudah hadir dalam kehidupan kita, adakah kita pasti dapat membahgiakan DIA, dapatkah kita bersama dia??? Bercinta adakah akan bertahan tanpa kejujuran, keikhlasan, keimanan dan kasih sayang. Bagi diriku bergaduh la kita mula berfikir untuk mencari yang lain tetapi dalam hati masih ada SAYANG. Maaf bagiku harus diutamakan, namun jika KESALAHAN berulang dan hati masih sakiti??? Mampukah aku BERTAHAN.


Perasanku berolak-alik seperti KELAPA di HANYUT OMBAK.  Cinta, kasih sayang, rindu, jasad dan roh mahupun hati milik ALLAH S.W.T yang maha ESA. Sayangku, Cintaku dan rinduku hanya kepadanya tempatku meratap rayu dam memohon pertolongan. Berikanlah aku ketabahan dan kesabaran yang telah ku bina dalam hati ini. Terdetik di sanubariku tanpa disedari, titisan air jernih mula membasahi pipiku, namun sekelilingku tetap aku berseorangan menunggu mu setahun yang lalu..


Begitu indah suasana malam ini, terasa damainya hati ini melihat kegelapan malam ciptaan ALLAH S.W.T. Diriku merasakan begitu kerdil jika dibandingkan dengan nikmat yang dikurniakan. Aku merasakan ketenangan  menjalar dalam hatiku ini,  ohhh aku MENGELAMUN lagi.....Udara segar malam ini membuatkan aku berasa tenang di rumah. Biarlah aku tenang dahulu menikmati keadaan ini kerana aku tahu keadaan tenang ini tidak lama. Hanya sebentar sahaja, sebentar lagi mungkin akan berlaku masalah yang menyemakan di fikiranku. CINTA, adakah membuat aku terus menunggu????? setiap jam berdetik aku sentiasa memikirkan wajah mu..


Sudah 3 bulan aku tinggal disini, namun dalam tempoh tersebut, aku masih tidak lagi dapat melupakanmu..Sesungguhnya kamu amat bererti dalam hidupku hingga ke hari ini. Arghhhhh akan mahu aku menjerit..Keindaham malam tidak menyejukkan hati aku sekarang, aku duduk bersandar  di dinding sambil memandang ke luar tingkap. Bintang-bintang bersinar gemerlapan cuba di hitung , satu tabiat kini yang kini aku mula menyukai. Mengira bintang-bintang di saat hati kecewa, air mata cuba aku bertahan. "Sampai hati dia buat aku macam ni. AKU sudah tidak bermaya dan lemah, terasa sudah tiada tenaga semenjak menerima perkhabaran berita duka darimu. Kenapa begitu berat dugaanMU kali ini Tuhan. Adakah dosa aku padamu yang terlalu banyak sehingga sering ku kau hukum??? Ya ALLAH maafkan aku atas masa- masa lalu ku, ampunkan aku atas segala ingkarku kepadaMU..

Tuesday 22 March 2011

Keindahan di persisiran Pantai Morib mengutip sejuta misteri



Seribu kenangan bermula disini..pertama kali ku melangkah kaki disini membawa pelbagai nostalgia yang mengamit memori pada masa lalu..Ku berdiri setinggi tiang, beralaskan pasir di persisir pantai, buat aku berfikir ke mana arah tuju aku selepas kekecewaan ini..Aku berharap kemunculan sinar baru dalam hidup aku mengganti si 'DIA' yang ego...Menanti kepulangan jawapan yang BELUM pasti......


Sejauh manakah PENDERITAAN hidup ini berakhir..Aku KECEWA kerana si 'DIA' bukan milikku....Seluas lautan aku mencari CINTA yang sejati ibarat KELAPA di HANYUT OMBAK diberikan KAMU....