Wednesday 23 March 2011

Adakah CINTA itu bukan milik AKU by: P-Dausesiest Glambert



CINTA ibarat kelapa yang hanyut di lautan..apabila di hanyut ombak, CINTA datang dan pergi..Sering kali kita melihat kanak-kanak mengutip kelapa di persisiran pantai...AKU bertanya pada diriku, adakah CINTAku sebegitu???


Hidup ini kadang-kadang membosankan tanpa seseorang, kita ingin sesorang, tapi bila dia sudah hadir dalam kehidupan kita, adakah kita pasti dapat membahgiakan DIA, dapatkah kita bersama dia??? Bercinta adakah akan bertahan tanpa kejujuran, keikhlasan, keimanan dan kasih sayang. Bagi diriku bergaduh la kita mula berfikir untuk mencari yang lain tetapi dalam hati masih ada SAYANG. Maaf bagiku harus diutamakan, namun jika KESALAHAN berulang dan hati masih sakiti??? Mampukah aku BERTAHAN.


Perasanku berolak-alik seperti KELAPA di HANYUT OMBAK.  Cinta, kasih sayang, rindu, jasad dan roh mahupun hati milik ALLAH S.W.T yang maha ESA. Sayangku, Cintaku dan rinduku hanya kepadanya tempatku meratap rayu dam memohon pertolongan. Berikanlah aku ketabahan dan kesabaran yang telah ku bina dalam hati ini. Terdetik di sanubariku tanpa disedari, titisan air jernih mula membasahi pipiku, namun sekelilingku tetap aku berseorangan menunggu mu setahun yang lalu..


Begitu indah suasana malam ini, terasa damainya hati ini melihat kegelapan malam ciptaan ALLAH S.W.T. Diriku merasakan begitu kerdil jika dibandingkan dengan nikmat yang dikurniakan. Aku merasakan ketenangan  menjalar dalam hatiku ini,  ohhh aku MENGELAMUN lagi.....Udara segar malam ini membuatkan aku berasa tenang di rumah. Biarlah aku tenang dahulu menikmati keadaan ini kerana aku tahu keadaan tenang ini tidak lama. Hanya sebentar sahaja, sebentar lagi mungkin akan berlaku masalah yang menyemakan di fikiranku. CINTA, adakah membuat aku terus menunggu????? setiap jam berdetik aku sentiasa memikirkan wajah mu..


Sudah 3 bulan aku tinggal disini, namun dalam tempoh tersebut, aku masih tidak lagi dapat melupakanmu..Sesungguhnya kamu amat bererti dalam hidupku hingga ke hari ini. Arghhhhh akan mahu aku menjerit..Keindaham malam tidak menyejukkan hati aku sekarang, aku duduk bersandar  di dinding sambil memandang ke luar tingkap. Bintang-bintang bersinar gemerlapan cuba di hitung , satu tabiat kini yang kini aku mula menyukai. Mengira bintang-bintang di saat hati kecewa, air mata cuba aku bertahan. "Sampai hati dia buat aku macam ni. AKU sudah tidak bermaya dan lemah, terasa sudah tiada tenaga semenjak menerima perkhabaran berita duka darimu. Kenapa begitu berat dugaanMU kali ini Tuhan. Adakah dosa aku padamu yang terlalu banyak sehingga sering ku kau hukum??? Ya ALLAH maafkan aku atas masa- masa lalu ku, ampunkan aku atas segala ingkarku kepadaMU..

4 comments:

Gulaley Kapas Pink said...

jgn dikenang barang yg lepas...
yg lalu biar kn berlalu pergi...
myb masih ader sinar laen yg lebih bercahaye slepas ini..
(^_-)

PiDausesiest Glambert said...

a ah...biar benda yang lepas dijadikan kenangan....hidup mesti di teruskan.....moga cahaya baru muncul satu hari nanti...

ثابراني حجازي said...

WAH SEDIHYA.....SOB SOB

PiDausesiest Glambert said...

jangan nangis tauu...