Monday 7 November 2011

KEJAAAA~~~ sekarang keja dah sinonim dalam kehidupan aku....cuti umum or cuti khusus pun dah menjadi lumrah dalam hidup aku...kalau dulu raya korban ni meriah je nak sambut..macam tahun lepas aku sempat lagi sambut hari raya korban...tahun ni aku tak beraya pun...aku pulak tak balik disebabakankan dengan jadual kerja yang memaksa aku kerja...so beraya la aku kt k.l ni....hurmm dengar je takbir mlm raya semalam rasa sangat sedih..terasa nak balik kampung je nak jumpa mak..hurmm tapi apakan  daya, aku macam biasa la untuk lepaskan rindu tu, aku pun kol la mak dalam sejam dua..hurmmmm borak2 dengan nada yang tidak sedih..biasa la kan tak kan nak mak tahu perasaan kita..so aku cover la bercakap, walau hati ni sedih..hurmm aku bukan nak citer sangatt pasal ni..semalam untuk mengubati hati aku yang tidak tahu nak buat ap, aku pun macam biasa bangun pag-pagi lagi pergi sembahyang raya..hurmmm pastu aku balik la, hurmmmm pastu aku pun ajak la kwan aku keluarr pi jalan2..macam biasa tempat aku jalan-jalan mid valley la..hurmmmm dah itu je tempat yang terdekat....ternyata kat midvalley tu ramai orang cina je ramai...aku je rasa orang  melayu kat situ..hurmm peduli apa aku..hurmmm untuk mengubati hati yang penuh dengan kebosanan ni aku pun shopping la...aku habiskan duti saki baki gaji bulan lepas..memeg gila la..dah sekarang tengah sakit nak tunggu gaji, leh plak aku perabiskan semua...memang aku semakain gila..hurmmm aku macam biasa, bila dah window shopping tu mesti la dapatkan hasilnya...so beli la 3,4 helai baju..hurmmm banyak jugak duti aku habis..tapi tak pe, janji hatiku puas...pastu aku pergi tengok wayang..hurmm masa tu citer banyak best jugak..tapi pilihan TINTIN je...aku tengok citer macam menarik je....hurmmm waktu kul 7 aku duk kat situ....pastu buleh plak aku g the curve..hurmm teringin sagt nak mkn meatball..so aku pun gerak la dengan kawan g sana...kat the curve pun aku pun tershopping lagi..hahahah..macam biasa pantang jumpa PADINI aku ni..teros masuk..hurmmm kopak duit lagi....pastu aku balik la....tido awal untuk keja.......itu la pekara aku buat hari raya korban.....tak tahu la bermakna ke tak..tapi hati aku puas semalam, sebab perabis duit banyak..ok..sekian~~~~

Saturday 1 October 2011

MAAFKANku



Otakku buntu!!!!!!!. Aku tidak thu lagi apa yang nak di tulis. SUdah lebih dari 3 jam aku berada di opis ni, tapi tiada sedikit pun inspirasi mengalir ke otakku untuk aku tulis. Aku bingung!!!!!, .. Awalnya aku ingin menceritakan sebagian kisah hidupku lagi, KISAH CINTA dan apa2 la, tapi kisahku juga tidak menarik untuk aku menulis dan dijadikan tatapan umum rasanya .Hari ini 1 oktober bermula bulan baru, pejam celik, dah nak habis dah tahun 2011 ni. tinggal lagi 2 bulan lagi nak habis....banyak pekara, kenangan yang berada di tahun 2011 ni..apa-apa pun setiap orang mempunyai kenangan masing-masing..ok la..aku just nak layan lagu je untuk hari ini.korang pun leh layan gak ya...






kau hadir mewarnai hidupku,,
segala bantuan kau hulurkan untuk ku,,
tanpa meminta sebarang balasan dariku,,
kau ikhlas melayan segala karenah ku..

kau adalah insan terbaik bagiku,,
belum kutemui yang lebih baik darimu,,
hanya kau satu2nya berjaya mengetuk pintu hatiku..
ku buka luas hatiku hanya untukmu..

namun,, ku sedar siapa diriku,,
aku insan berhati batu,,
menafikan segala cintaku,,
keegoan merajai jiwaku..

bukan salahmu,,
bukan jua silapmu,,
cuma aku yang menafikan kata hatiku,,
kerna ku tahu ada yang menanti dirimu..

kucuma ingin kau tahu,,
bahawa kau lah insan pertama yang menyentuh hatiku,,
yang mengajar ku erti cinta ikhlas buatmu,,
juga erti pengorbanan dalam cintaku..

maafkan segala kekhilafanku..
bukan niatku meninggalkan dirimu..

cuma kupohon sedikit ruang dan waktu..
untuk ku fikirkan masa depanku..

percayalah,, jika benar kau diciptakan untuk ku,,
pasti suatu hari kita kan bertemu,,
ketika itu lamarlah aku sebagai teman hidupmu,,
pasti lebih bahagia hidupku dan hidupmu..


Friday 30 September 2011

DUGAAN DATANG tanpa di DUGA

Assalamulaikum dan salam sejahtera..seperti biasa sama dengan tajuk aku diatas, aku ingin memberitahu sedikit pasal apa yang berlaku aku pada hari ini....aku rasa tak macam tak perlu untuk menceritakannya..tetapi biarlah aku ceritakn sedikit..apa yang berlaku hari ini banyak sangat peristiwa...memeng menguji kesabaran aku sangat2....yalah lepas satu satu pekara berlaku keatas aku harini...bermula pada petang tadi masa aku bertolak dari rumah untuk keluar pergi kerja..semasa di pertenghan jalan, di kawasan klang, tiba2 jam kesayang aku jatuh dari atas motor..aku pun tak tahu kenapa jam itu boleh terjatuh dari tangan aku....tapi aku tahu jam aku tu dah uzur, dah berap kali dah tercabut, tapi aku sayang sangat2 jam tu..rasa dah setahun dah kau beli, tahun lepas...jatuh macam tu atas jalan raya masa kau tangah bawak motor...so takkan masa laju tu aku nak berhenti ambik, yalah masa tu kereta laju-laju semua...kena langgar la aku..maybe dah pecah or hancur dah sekrang, terasa kehilagan sangat2 jam tu..dah la aku ada satu-satu je jam tu aku pakai g mana-mana..hurmmmmmmmmmmmm geramnya aku hari ini..sampai sekarang aku masih teringat kt jam tu lagi...if dapat beli jam lain pun, tapi tak sama dengan jam tu...koleksi jam tu dah tak ada dah kt kedai..untuk makluman jam tu aku beli kat PADINI CONCEPT STORE,..jenama PADINI je... tak ada la mahal sangat pun...murah je jam tu..tapi aku sangat-sangat sayang jam tu..memeng  dah tak ada dah kt kedai jam tu, so selamat tinggal la jam kusayang..hurmmm sangat sedih rasa kehilangan jam kesayangku....nak buat mcm mne, dah dugaan aku hari ini terlampau berat, terpaksa kehilagan sesautu yang aku sayang.....kebetulan plak hari ini aku g kerja aku x pakai sweater, aku just pakai cardigan je..agaknya nasib la tu..if aku pakai sweater of course la tutup jam aku dgn lengan sweater tu..dah pakai cardigan aku pkai wat singkat  je, so habis jatuh, hurmmmmmmmmmmmmmm sedihhhhhhhhhhhhhhhhnya....jam PADINI ku hilang!!!
kebosanan ku di opis hari ni!!!
HURMMMMMMMMMM akhirnya kul 2.50 tadi aku pun sampai la tempat kerja..macam biasa aku tumhb print la..masa sampai tadi hanya ada bos dan amir..hurmmmm seperti biasa buat la kerja ynag patut, masa tu x sibuk sangat pun..yalah lepas jumaat orang x datang lagi mitak clear OGA...then msuk je kul 4, amir dan bos pun balik..tinggal la aku sorg macam biasa..sebab aku minggu ni shift petang sampai malam..memeang aku sorang, partener cuti balik kpg..hurmmmm duk opis macam biasa, makin lama makin ramai org nak clear oga, hurmm aku pun buat macam bos suruh, clear awal2, yalah x nak esok pagi berlambak datang pulak...tapi sibuk jugak tadi, x putus2 datang, dengan kesibukkan tu, datang abg semalam, yang aku tahan kontena dia, sebab barang dia jelly dari taiwan, so dia tiada sijil kesihatan dan test lab dari taiwan, so dia bagi tahu aku yang bos kata nak undertaking..aku pun kol la bos, n bos suruh buat undertaking, so aku buat la....tapi keadaan sangat kelam kabut, macam mana aku nak buat, agent datnag tanpa putus-putus, tension n kelam kabut aku dibuatnya..kesian sangat abg tu terpaksa tunggu lama aku nak menyiapkan undertaking dia...buklan tu saja panggilan telefon pun xputus2 datang, aku xleh nk gmbarkan mcm mne keadaan tapi, berlari2 aku buat kerja..mememg xleh buat sorg la tadi, sebab customer ramai sgt..aku pun tutup sekejap pintu cermin supaya tak nak agent datnag, tapi agent still datang dan aku kesian sgt kt dye org tunggu kat luar, xsampai hati aku, aku pun bukak la...hurmm pasal undertaking utk barang abg ni x siap2 pun lagi ni..aku still buat slow2..akhirnya siap juga.fuhhhhhhhhh lega..tapi siap2 pun ada pulak dugaan, xleh nak print plak...entah kenapa plak jadi macam ni, selama ni ok je sambung printer ni..aduhhhhhhhhhhh macam2 hal berlaku ni..aku dah tak tahu nak buat macam mne..abg tu pun macam aku juga, xtahu sangat pasal printer ni..lepas ada ke pulak aku tengok sambungan printer ni ke komputer lain..adoyaiiiiiiiiii sape plak yang tuka printer ni ke komputer lain..aduhhhhhhhhhhhh selama ni x pernah pun tuka....so selamat la boleh print........aku pun nak print, tapi dugaann datangg lagi...dakwat printer plak habis............aduhhhhhhhhhhhhhhh kesiannya la nasib aku ni, dah la abg tu nak cepat, jadi macam ni plak..mahu kelam kabut aku cari dakwat, tapi xdr pun dakwat, so aku tak tahu nak buat macam mana lagi...dah meemg tidak boleh dah, amcam manan aku nk print if dakwat tak ada..so aku pun suruh abg tu datang pagi esok, maybe ada orga lain bertugas akan bantu, aku dah tak tahu nak buat macam mana dah..aku pun lepaskan kontena tu..hurmmm tak tahu la aku dah cakap kat bos tadi aku nk buat undertaking, tapi aku x siapkan juga..aku tak dapat print,..habis la aku aku kena marah nanti, habis terjejas kerja aku, reputasi aku....hurmmmmmmmmmmm xpe la...

xde keja sangat, snap sorg2
aku malas sangat nak fikir...biarlah benda ni esok  berjalan dengan baik....aku harap semua ok esok...itulah dugaan aku hari ini..hurmmmmmmmmmmm dugaan paling akan ku ingat sampai bila2...kehilangan jam paling aku ingati sampai bila....ok la..itu saja untuk hari ini..lain kali aku citerkan lagi..............bye2 semua....

Thursday 29 September 2011

UPDATES setelah lama menghilangkan DIRI

ASSALAMULAIKUM..Kepada SEMUA...setelah sekian lamanya AKU menyepikan diri. Sorrylah rasa lama sangat2 xupdates blog ni...rasa macam dah lupa dah..yang last updates entah bulan berapa pun tak tahu.. ini sebab agak busy dengan kehidupan sekarang, sampai tidak sempat untuk menaip.Masa yang ada kebanyakkanm terisi dengan masa-masa yang lain..sekarang ni pun updates sebab terasa bosan sangat di tempat kerja...so tanpa membuang masa, aku updates tergerak hati untuk membuka blog....hurmmm terasa sangat2 nak updates, tetapi tak tahu nak tulis apa..apa yang aku fikrkan sekarang, ada bebebrapa masalah personal yang tidak dapat aku elakakan..tpi aku masih syukur masaih boleh megawalnya...hurmm macam biasa la setiap kehidupan seharian xlepas dari masalah....tak tahu la kot aku je ada masalah, orang lain tidak ada masalah...aku malas nak citer masalah aku ni..sebab tidak ada ksesudahannya aku fikirkan...so biar masa je menentukkannya....sekarang apa yang aku pasri sekarang aku sedang mengalamai 2 pekara iaitu CINTA dan SAHABAT .




Cinta dan sahabat, dua hal yang tak mudah untu mengerti. Kadang ia sangat bererti , namun dalam pergertian itu ia membuat  aku luka teramat perit. Aku adalah orang yang berada di tengah-tengah cinta dan sahabat itu. Kini, aku yang begitu merindukan hadirnya seorang kekasih...pertemuan membuatku melupakan suatu hal, dia selalu bermain dalam fikiran aku, . Aku terlalu bodoh kerana terlalu jatuh hati pada orang yang salah, jatuh hati pada orang yang tak pernah menyimpan cinta padaku. Aku menyalahkannya! Dia tak patut untuk disalahkan, dia hanya korban dari cintaku dan dia terlalu baik  untuk mengerti cintaku kepadanya.

Dan terlalu naif, kini aku harus menyesal kerana mengenalinya. Kerana dia aku dapat merasakan sesuatu yang terindah, walaupun hanya sekejap. Aku terlalu naif hingga aku pun tidak menyedari hakikat semua ini.
 Seharusnya aku tak perlu hadir dalam hidupnya. Bila akhirnya terluka ini yang dapat kurasakan sekarang.
Seandainya aku menyedari dari awal, seandainya aku mengerti perasaan dia, seandai saja aku tidak jatuh hati
pada dia, semua ini tidak akan mungkin berlaku... Orang yang aku harapkan selama ini dan selalu ada dalam hatiku walau hati ini terasa perit, aku dapat mengerti sekarang, tak ada gunanya ku beradan di sisimu,  mengingitin mu..karena  ternyata kau lebih mengerti apa yang kau mahukan dalam mengisi hari-harimu. Aku di sini yang begitu ikhlas mengharpkanmu dan aku yang selalu berusaha untuk mengerti dirimu kan selalu menanti dan menatap bayanganmu pergi hingga tak ada lagi luka dihatiku.  Sehingga tak ada lagi kecewa yang aku  rasa.Aku sekarang akan selalu berusaha menjalani hari-hariku, aku akan selalu berusaha tersenyum agar kau bahagia.dalam setiap hari-hari sepiku, dalam kesendirianku, aku hanya boleh mengharap aku kan memiliki kekasihku lagi, memiliki dia yang telah pergi, kerana aku kan selalu mengingiti semua ini. Aku kan selalu mengenangnya di dalam hatiku,karena dia telah datang dan pergi dengan menghiasi setiap sudut didalam hatiku dengan CINTANYA yang sesaat membuatkan cintaku bahagia kerana DIA begitu berarti untukku...

P/S..SEKADAR CORET-CORET sahaja



Sunday 21 August 2011

DEMAN BULAN PUASA BEST KE?????


Assalamualaikum dah selamat tengahari ..

TERUPDATES lagi untuk hari ni....tadi Aku tak sempat nak update pasal ni . Semalam satu hari demam . Aku bangun tido pukul 4.30 pagi , rasa cam menggigil gila . masa untuk aku bangun untuk sahur . so macam biasa, bangun tidur aku terus pergi buka peti sejuk capai makanan untuk sahur, lepas sahur aku pun terus mandi mandi . still rasa tak sedap . tarik selimut , tutup kipas , rasa best jer , panas panas suam . tertido lagi sekali . lepas pada tu ,bermula laa sakit kepala , mata jadi panas , badan rasa lemau dan lemas . berbuka semalam ambil nasi , tapi tak makan . tak rasa nak makan . just minum air , kuih sikit , panadol dan terus shut down . 
dulu masa kecil , kalau demam , ibu buat macam kat gambar atas ni . ni bila besar , haha tengok pun tak mau . haha . takde laa . aku duduk dalam bilik je semalam . tido . bangun . tido . bangun pun just check timeline twitter supaya tidak ketinggalan . haha . di entri lepas , aku cakap aku nak sakit bulan puasa , sebab boleh ponteng puasa kan . ambil sekali . tuhan kabulkan permintaan aku , bagi aku demam betul betul . tapi aku takde la sampai berbuka puasa kan . dalam dalam demam , sempat lagi duk baca gossip Azwan Ali dengan Hos Chimpazi , Didie Alias . ahaks lawak lah jugak . semalam time pening kepala baca , tak de feeling sangat rasa nya . 

pagi ni bangun tido , aku pergi baca balik . kali ni baca guna laptop lah . baru feeling Mama Juwie . apa apa je la diorang ni . lepas kena maki , Didie pun update twitter dia dan cakap semoga dapat balas di tanah suci . amboi . apa lagi mengamuk sakan laa si diva Azwan ni . haha . Azwan siap mengungkit lagi yang tahun lepas dia duk seru seru nama si Didie Alias depan kaabah . haha haru , bila buku bertemu ruas ni . apa-apa pun aku still dalam mood malas sekrang, x sihat sangat2 . semoga aku sihat sepenuhnya later okay . 

p/s : terbaca status facebook kawan aku kata Imam Shafie berpendapat bersokong Imam Ghazali , kalau puasa jatuh pada hari Isnin , biasanya Lailatu Qadar adalah pada 21 ramadhan   . iaitu semalam . kalau betul rugi lah . aku tido sedar sedar pukul 5 pagi dah . kesimpulannya , demam di bulan puasa tak best pun

MiD VaLLeY~Rise of the Planet of the Apes

ASSALAMULAIKUM..Rasa lama dah x mengupdates STATUS kat BLOG ni....disebabkan PUASA, so apa-apa akitiviti pun kena kurangkan sikit la...untuk updates kali ni aku just nak SHARE mengenai citer ni..apa yang kau tengok ni..tapi sekrang baru updatesnya. Siapa dah tengok cerita ni?? Aku pon terkejut dengan diri aku sebab sanggup nak tengok cerita babun ni dekat panggung. Tah macam mana tah, janji nak berbuka puasa dengan SS dekat MidValley. Tapi aku sampai awal pulak. Dia soh datang pukul 5. Aku sampai pukul sebelas. Punya lah punctual tak beragak aku ni kan. haaa melanguk lah aku sensorang dekat Mid Valley tu kan. Dia soh pi tengok wayang dulu ke hape. Lama lagi nak tunggu..
Aku pon cari lah movie yang masuk dalam pukul 2pm. If pukul 2pm, Zohor dan Asar boleh solat. Kang amek pukul 4pm mahu lebur Asar aku. Tu satu hal. aku pon tengah konpius nak tengok cerita hape.Dah sensorang, sensorang lah kena buat keputusan. Tapi movie "Rise of the Planet of the Apes" ni je yang pukol 2pm. Ahhh bantai je lah beli tiket cerita ni
Aku tengok poster cerita ni gambar babun. Aku dah rasa macam aku salah pilih movie je ni. Adakah aku membuat satu pembaziran nak tengok babun dalam movie.?? baik aku pergi ZOO je kan tengok babun.gedebak gedebuk dah pukul 2pm. aku pon masuk panggung
Disebab kan aku tengok sorang je. Seat sebelah aku kosong mula mula. Aku dah harap harap awek-awek lawa dok sebelah aku ke hape kan.

Feeling nak tengok babun tu lebih sikit kan? Tiba tiba ada sorang minah ni dok tengok tiket dia, tengok seat sebelah aku. cantik la jgak..tapi chinese ok!!. cina pun cina lah...hurmm tiba-tiba plak balak dia datnag..hurmmmmmm..hancur!!!!! hurmmm xpe la Aku datang nak tengok babun , bukan nak tengok korang kan? Tapi kecewa gak lah. sebab mengharapkan awek cantik dok sebelah memula. muahaha keji bebeno  fikiran di bulan bulan puasa ni.
Then cerita pon start. Perghhhhhhhhhhhhhhh aku boleh cakap cerita ni BEST GILA!!! Best pon tak gila macam ni hoiii! Aku tak tahu pulak James Franco berlakon cerita ni.. Memang double best lah citer ni!

James Franco
Meh lah aku cerita sikit cerita ni pasal apa. Will Rodman (James Franco) dia ni doktor hape mende tah. yang kaji kaji ubat tu. Aku tak tahu nama saintifik dia. Tapi yang pasti dia doktor. Dia ni nak cari satu ubat yang boleh ubat penyakit Alzheimer. So dia dah dapat lah kaji virus ALZ-112 ni. sebab ayah dia sakit Alzheimer ni. Mula mula dia test dekat cipanzi betina yang bernama "Bright Eyes". Tapi memang dia bijak lah lepas tu. Tapi "Bright Eyes" ni mati. but dia meninggalkan baby dia yang bernama CAESAR.

Time CAESAR ni kecik kecik kan comel gilaaa wei. Aku tengok cerita ni terus rasa aku nak bela babun sekor. Comel tengok dia main lompat lompat. Tapi kalau simpan dekat rumah aku ni. Mahu jahanam semua periuk mangkuk mak aku dia buat main kan? Simpankan je lah hajat nak bela babun ni.
Will ni pon bela lah CAESAR ni. Tapi CAESAR ni bijak gila tahu?? Sebab dia terikut gene mak dia. Mak dia kan si Will ni dah bagi dengan virus bijak tu. So Caesar ni dah terikut lah.Bila dia tengok babun ni bijak dengan virus ALZ-112 ni. Dia pon bagi test dekat ayah dia. Mula mula ayah dia OK tau bila dapat virus tu.Then dia ingat dia dah berjaya. Tapi lama lama ayah dia makin teruk pulak.Dan sebenarnya virus ni sangat efektif dekat babun. Tapi tidak pada manusia.

time ni CAESAR amek virus ALZ-112 ni nak sebar dekat kawan kawan dia. bagi kuat dan bijak macam dia jugak
eh aku malas lah nak cerita lagi. Penat aku taip. Karang korang bukan tengok pon. hehh. Tapi overall aku sangat puas hati dengan cerita ni. Aku bagi 4.2/5 bintang. 4.2 bintang over 5 tinggi tu hoiii. Cerita ni lagi best dari Captain America dan Transformers . Serious wa cakap lu. Tapi cerita ni sedih jugak lah last last. Menitik air mata kejantanan aku bila tengok scene last woh. Malu aku nangis dalam panggung. Tak macho dah. Pasal babun je pulak tu. Tu aku tak puas hati tu.
time ni sedih gak depa hantar CAESAR ni dekat Zoo. Tapi penjaga dalam ni sangat bongok. Nyampah aku! korang tengok korang tahu lah macam mana depa ni layan Caesar ni semua dalam kandang

heroin cerita ni. Muka macam pelakon Bollywood aku tengok minah ni. Tapi tah hape nama. Malas pulak aku nak google. dia ni doktor jugak dalam filem ni


Teknik CGI dalam cerita ni terbaik lah! walaupun aku tahu babun tu bukan nya bebetul punya babun kan. CGI je lebih. Tapi nampak macam real gila dowh.

Pesanan terakhir daripada aku. JANGAN-PANDANG-RENDAH-DENGAN-CERITA-YANG-BABUN-BERLAKON-TAHU???-SEBAB-DEPA-PUNYA-CERITA-LAGI-BEST-DARI-CERITA-ROBOT..
Ok bye!
   

Monday 15 August 2011

KEJA + PUASA


Salam sejahtera dan assalamulaikum kepada semua..
Hurmm rasa dah lama gila x updates status kat blog ni…hurmm  yaalah tak ada masa free sangat….untuk entry kali ni, utk bulan puasa, kita sedia maklum bahawa sekarang dah masuk hari ke -15 kita berpuasa..hurmm,, pejam celik pejam celik sekejap je kan…rasa baru lagi berpuasa…
sekarang aku sangat berani pulak yalah dah pndai buka facebook dan blog kt opis..bukan apa aku sangat bosan la skrg, bukan tak ada keja sangat, tetapi kerja aku ni macam tunggu customer yang datang untuk minta OGA..korang tahu tak  ap itu OGA..klu korang tahu xpe la..xyah la aku nak jelaskan..hurmmm …so daripada aku dduk tanpa buat apa-apa dalam opis ni baik aku updates sikit sementara tunggu pukul 5 petang..waktu nak balik….hari dah last daya aku kerja untuk minggu ni..esok n lusa macam biasa la aku cuti..so boleh au rehat n tido puas2 sikit cuti ni….hurmmm tapi bulan pose sekarang hujung minggu pun bosan jugak..yalah xde g mana-mana gak..plan unmtk esok n lusa xde pun..just tido kat rumh je la…tapi niat di hati memang nak balik kampung la..rasa rindu nk berbukan dir umah plak…hurmm ok aku malas nk b bersedih sangat la…hurmm aku tunggu raya je la nak balik….hurmm apa yang aku nk ceritakan sekarang, tentang kerja..hurmmm aku rasa bersyukur sangat sekarang kerana aku dah kerja..kerja di te,pat aku ni PELABUHAN KLANG tak ada la   sibuk sangat..seperti yang aku cakapkan tadi….macam kerani..tapi kdang-kadang dalam seminggu tu pergi ambik sampel makanan jugak…biasa dalam seminggu itu 2 kali..tapi bukan tiap2 minggu juga la ambik sampel..so kebanyakkan duduk opis je la..bukn kerja macam biasa….hurmm kira ok la..xde la nak pening kepala sangat memikirkna kerja…tapi kerja kat sini dah tak lama dah..sampai hujung tgahun ni dah tak ada..sebab sudah di ambil alih oleh pihak PERTANIAN..so lepas ni tak tahu la arah tuju ke manan pulak..hope di antar di tempat yang ok dan best…hurmmm harap-harap je la..klu still kat sini lagi pun ok….terima je…
hurmmm kadang –kadang jeles juga lihat kawan-kawan yang kerja di PKD, mereka busy je dgn unit masing-masing, tapi x pe la…mungkin sekarang bukan masa n rezeki aku lagi..satu hari nanti aku akan rasakan juga….buat masa sekrang aku kerana belajar erti syukur…yalah kadang-kadang poyo lak aku, orang bagi kerja senang dan tak pening kepala aku duk sibuk-sibuk nak kerja susah …..hahahhahahah..poyo je kan…..so sekarang kau kena berubah la…kena suka tempat ni…untuk pengetahuan aku memeng dah mula suka kat tempat ni..dah tak ada stress sangat dah..dah biasa dah keadaan ni…apa yang best nya..kat sini tapi tengah hari memang mengantuk gila kan..time tu la aku dapt tido juga ..hahahhaha..kalau tmpat lain tak tahu la boleh ke atak..rasa ada  gak boleh kan..tapi bukan aku je yang tido..orang yang paling kuat tido si FARIS ok..dia lebih kuat tido dari aku lagi….hurmm ok la aku tak leh nak tulis panjang, sbb bos ada ni..ni pun cover je menulis..dia fikir menulis sal kerja..ok la.daaa………….

Sunday 31 July 2011

SeLaMaT MeNyaMbuT RaMaDhaN AL-MUBARAK

ASSALAMULAIKUM, salam semua, rasa dah lama x updates BLOG ni...hurmmm untuk kali ni aku nak updates ikit saja berkenaan dengan apa erk????? mestila PUASA.....So tinggal sehari lagi saja lagi, iaitu ESOK la, bulan ramadan akan tiba. HUMMMM macam mana persiapan untuk berpuasa esok, messti semua dah ready kan..aku pun tak tahu ready ke x ni..apa2 pun aku rasa dah ready dah kot ni....Malam ni pun boleh bangun sahur dah..hehehehehehe...untuk puasa tahun ni aku berbeza sikit la..kerana sekarang aku dah masuk alam perkerjaan, yang lepas-lepas aku berpuasa sebagai student lagi, sekarang alain sikit..berjauahan dengan keluarga dah biasa pulak di bulan puasa ni...tapi klu bersama keluarga mesti best lagi kan....yalah dapat rasa masakan mak...oke lah berkenaan pekara lain pulak, mesti korang dah ada yang dah membeli baju raya. Ade yang dah mula membuat kuih raya. Para peniaga bazar ramadan pula mesti sibuk mendapatkan tender untuk tapak berniaga. itu peakara biasa dah masa bulan puasa ni.. Sekrang dah ramai yang duk sibuk memikirkan tiket untuk balik ke kampung halaman. aku tanya tiket nak balik ganu pun sold out...aku x tahu la mcm mana nak balik raya nanti...jadual kerja pun x tahu macam mana..harap-harap ada keajiaban datang aku dapat balik raya tahun ni..sebut je pasal puasa kan, mesti teringat pada zaman Kanak-kanak, yalah masa ni la sibuk mencari bunga api dan mercun untuk bermain ketika ramadan nanti. 

HURMMM itu cuma keseronokan nak menyambut ramdhan je.....walaupun sesibuk mana pun persiapan  kita ni?  kita juga perlu fikirkan bagaimana dengan perancangan untuk amalan ibadah kita ketika ramadan? Sudah tentu usaha untuk merebut ganjaran pahala perlu di lipat gandakan. 

Ayuh sama-sama kita mulakan perancangan untuk menyambut ramadan. Sediakan niat dan matlamat masing-masing. MESTI korang dah pasang hajat korang kan, mesti ada dikalangan korang yang memasang niat untuk khatam Al-quran, qiamullail, tadarus, tarawih, bersedekah dan berzakat fitrah. So, sama-samal la kita menyambut bulan RAMADHAN ini dengan penuh keberkataan..By da way, SELAMAT BERPUASA untuk KAWAN-KAWAN ku semua...

KEBAIKKAN RAMADHAN


Firman Allah dalam surah Al- Baqarah ayat 183 :
wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 :
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.




Monday 25 July 2011

K-Pop tu BAGUS sangat KE??

Assalamualaikum dan selamat malam semua ^^. 
Hari ni aku nak updates tajuk yang best gitu. Hahahahah. Bukan apa. Sebabnya terlalu konflik antara peminat Kpop dan Anti-Kpop berselingkah fahamnya. Betul ke tatabahasa ni?? Biarlah! Okay! Hari ni biar aku bagi tahu satu2 perkara iaitu
1- Kenapa orang suka KPOP??
2- Kenapa KPOP dibenci! ??
Sebelum itu apa yang aku tulis semua2 ni tidak akan menyebabkan mana2 pihak terasa hati or marah ke or tak puas hati ke or kata apa yang aq cakap ini salah! SORRY SIKIT!!! Apa yang aku nak cakap ni adalah benda yang betul sebab aku pernah merasa berada didua2 pihak dan aku boleh katakan aku tau apa yang ada dengan  industri KPOP ni. And thats whylah aku nak cakap sikit mengenai hal ini Okay!
Jom kita selidik persoalan pertama dulu.
Okay sebenarnya bagi mereka yang minat KPOP ada banyak sebabnya. mungkin kerana paras rupa mereka yang lawa, kacak, jambu, cute dan sebagainya. Kita tak boleh nafikan yang aspek ini menyumbang dalam minat mereka ini. Sebelum itu peminat KPOP terbahagi kepada 3 sebenarnya. Jangan ingat semua peminat KPOP sama ya. Tiga yang aq maksudakan ialah :-
1- Peminat Drama KPOP [Drama Korea] SAHAJA!
2- Peminat Band KPOP sahaja!
3- Peminat Drama & Band KPOP!
Okay! Sekarang korang dah tahu kump dalam peminat KPOP sendiri. So aq explain la sikit satu2 kump kan. 
Peminat Drama KPOP!
bagi group yg minat drama kpop shaja dorang ni memang x minat mana or x minat langsung band kpop. Dorang minat dengan jalan cerita drama kpop yang begitu unik, romantik, lain dari yang lain dan mungkin juga  pelakon2 yang mempunyai good looking. Ye la kan kalo pelakon good looking, cerita menarik sapa yang x nak tengok drama tu kan? Betul tak? Jangan ada la yang cakap x! PENIPU! Good Looking ni satu pakej yang bonus untuk pelakon tu. Hoho. Okay ^^ 
Peminat Band KPOP!
kalau yang group ni pulak ada sebabnya tersendiri. Aq tergolong kump ni la so nak explain dia aku suka. Haha!! Sebenarnya mereka yang minat band KPOP ni ada banyak faktornya juga. Macam aku kata tadi paras rupa penyanyi itu sendiri. Penyanyi KPOP juga sangat berbakat! Sebab apa?? Dorang mempunyai pakej seorang penyanyi. Dalam masa menyanyi mereka juga boleh menari. Ini bukan senang tau. Tenaga tu memang kena kuat!.  Dorang ni menjadi sangat berbakat kerana sebelum  kumpulan yang nak debut tu [ debut tu maksudnya perasmian mereka nak jadi artis or erti kata lain time dorang nak jejak kedalam dunia artis lah] dorang akan dilatih oleh syarikat masing2 selama 2-3 tahun atau lama lagi  dari itu. Inilah yang menyebabkan dorang sangat berbakat. Jangan sewenang2nya kita mencaci KPOP ni yer wahai kawan2. Korang pon x tentu berbakat seperti mereka Okay ^^. Artis KPOP juga sangat menjaga hubungan mereka dengan peminat2 mereka. Sehinggakan ada nama untuk peminat2 group2 tersendiri. Kalau artis tersebut melakukan kesalahan mereka akan segera meminta maaf kepada peminat2 mereka. Sebab tu lah peminat2 mereka ni susahnya lah nak beralih arah dan membenci KPOP ^^. Tu je kot aku nak cerita tentang group yang ni.
Peminat Drama & Band
Kalau yang ni korang gabung je la yang aq cerita kedua2 kat atas tu yer. Hehe ^^ 
Kita teruskan kepada persoalan yang kedua.
Kenapa adanya ANTI-KPOP??
Okay berdasarkan pengalaman aq sendiri dan observation aq lah yer. Mereka ni memang tidak suka KPOP sebab bagi mereka KPOP ni tak berkualiti. Ada juga yang caci mencaci cakap yang artis korea ni plastiklah, tak basuh beraklah, kafir lah n sebagainya. Okay. dalam situasi ni memang tak dinafikan dorang ni majoriti plastik. Dah kat korea plastic surgerynya murah n popular so biar dorang lah nak buat apa pon. Yang kita nak sibuk2 kenapa kan. dah memang cara mereka sebegitu. So biarlah~ yang kes tak basuh berak pulak. Hahaha!! Kelakar pon ada. Yang cakap dorang tak basuh berak ni macamana korang tau??? korang intai dorang buang air eaa!! Haha. Meskipun dorang tak basuh berak biarlah. Macam aq cakap memang cara dorang sebegitu so x payahlah kita nak memandang mereka dengan sebegitu jijik! Kita tak tahu dorang basuh ke tak berak dorang tu so tak payahlah sampai nak menhina mereka sebegitu ya ^^. Yang aq nak cakap ni sensitif sikit. Yang ni khusus untuk mereka beragama Islam yer. Yang bukan beragama Islam tu saya ingin memohon maaf bagi pihak mereka terhadap mana2 yang bukan beragama Islam ^^. Okay! Sekarang aq nak cakap sikit tentang korang yang boleh mengatakan bahawa ' Yang korang suka sangat KPOP ni kenapa?? Dah la kafir! Ingat2 agama lah weh!' Wow! Hebat betul mereka ini berdakwah! Memang la dorang tu kafir tapio tak perlu la nak cakap macam itu. Dunia kita berbagai agama n negara kita sendiri pon berbilang agama kan. Jangan sentuh lah isu2 agama ni. terlalu sensitif lah. Kalo yang bukan beragama Islam dengar macamana?? Tak terasa ke mereka?? Fikir2kanlah semua. Jikalau nak mengata pun jangan sentuh isu agama. PERINGATAN kepada semua ya! Aq juga nak cerita sikit. Masa dulu2 aq memang kutuk giler2!!! KPOP ni. Tapi!! Last2 aq yang kemaruk macam orang gila! Bukan aq sorang je jadi macamni tau. Ramai lagi kawan2 aq yang jadi macamni, Macam berhantu je kan. Haha!! So jangan mengata2 lah yer. Haha!!
So berdasarkan apa yang aq cakap semua kat atas ni pandai2 korang lah nak fikir macamana. Aq tiada hak nak tentukan pendirian orang lain kan, Aq juz tulis berdasarkan pendapat aq je. So bubbye ^^ Oh ye kat bawah ni aq letak gambar group yang aq minat. Hehe ^^ Bubbye! 
Assalamualaikum ^^
Yang ni Inffinite
Inffinite
ni MISS A

Sunday 24 July 2011

Harry Potter And The Deathly Hallow Part 2

Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua ^_^. Lame tak update blog. Maklumlah seminggu dah start kerja..so xde masa la aku nak updates selalu, sebab tiap siang aku duk kat tempat kerja, balik magrib plak, pastu tido, begitu la sekarang aktivit aku...hujung minggu la baru boleh buat apa-apa pun....hurmm apa yang aku nak updates kan ialah, pasal Harry Potter And The Deathly Hallow Part 2...


Akhirnya terbongkar lah semua rahsia di sebalik kejahatan Prof. Snape dan kebaikan Prof. Dumbledore yang dipamerkan sebelum ini dalam sekuel terakhir Harry Potter... Siapa sangka bahawa Snape yang kite benci selama ini merupakan orang yang paling baik dan sangat menyayangi Harry Potter... Manakala kenapa Dumbledore menjaga sangat Harry Potter sampai dewasa? Kerana Harry perlu mati dalam mase yang sesuai iaitu mesti dibunuh sendiri oleh Voldemort.. Itulah rancangan Dumbledore sebenarnya.. Tibe2 rase benci pada Dumbledore.. Haha


pertarungan akhir harry potter!
Tapi akhirnya pengembaraan Harry Potter, Hermione dan Ron Wesley berakhir setelah pertarungan di antara Harry dan Voldemort berpihak pada Harry... Banyak jugak la watak2 yang tak berapa nak penting mati dalam pertarungan tu.. Contohnya Fred, salah seorang abang kembar Ron dan lain2...
profesor snap menduduki ranking nbo.1 dalam watak paling diminati!!!

Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua ^_^. Lame tak update blog. Maklumlah seminggu dah start kerja..so xde masa la aku nak updates selalu, sebab tiap siang aku duk kat tempat kerja, balik magrib plak, pastu tido, begitu la sekarang aktivit aku...hujung minggu la baru boleh buat apa-apa pun....hurmm apa yang aku nak updates kan ialah, pasal Harry Potter And The Deathly Hallow Part 2...


Akhirnya terbongkar lah semua rahsia di sebalik kejahatan Prof. Snape dan kebaikan Prof. Dumbledore yang dipamerkan sebelum ini dalam sekuel terakhir Harry Potter... Siapa sangka bahawa Snape yang kite benci selama ini merupakan orang yang paling baik dan sangat menyayangi Harry Potter... Manakala kenapa Dumbledore menjaga sangat Harry Potter sampai dewasa? Kerana Harry perlu mati dalam mase yang sesuai iaitu mesti dibunuh sendiri oleh Voldemort.. Itulah rancangan Dumbledore sebenarnya.. Tibe2 rase benci pada Dumbledore.. Haha


pertarungan akhir harry potter!!
Tapi akhirnya pengembaraan Harry Potter, Hermione dan Ron Wesley berakhir setelah pertarungan di antara Harry dan Voldemort berpihak pada Harry... Banyak jugak la watak2 yang tak berapa nak penting mati dalam pertarungan tu.. Contohnya Fred, salah seorang abang kembar Ron dan lain2...
profesor snap menduduki ranking nbo.1 dalam watak paling diminati!!!

Saturday 9 July 2011