Monday 25 July 2011

K-Pop tu BAGUS sangat KE??

Assalamualaikum dan selamat malam semua ^^. 
Hari ni aku nak updates tajuk yang best gitu. Hahahahah. Bukan apa. Sebabnya terlalu konflik antara peminat Kpop dan Anti-Kpop berselingkah fahamnya. Betul ke tatabahasa ni?? Biarlah! Okay! Hari ni biar aku bagi tahu satu2 perkara iaitu
1- Kenapa orang suka KPOP??
2- Kenapa KPOP dibenci! ??
Sebelum itu apa yang aku tulis semua2 ni tidak akan menyebabkan mana2 pihak terasa hati or marah ke or tak puas hati ke or kata apa yang aq cakap ini salah! SORRY SIKIT!!! Apa yang aku nak cakap ni adalah benda yang betul sebab aku pernah merasa berada didua2 pihak dan aku boleh katakan aku tau apa yang ada dengan  industri KPOP ni. And thats whylah aku nak cakap sikit mengenai hal ini Okay!
Jom kita selidik persoalan pertama dulu.
Okay sebenarnya bagi mereka yang minat KPOP ada banyak sebabnya. mungkin kerana paras rupa mereka yang lawa, kacak, jambu, cute dan sebagainya. Kita tak boleh nafikan yang aspek ini menyumbang dalam minat mereka ini. Sebelum itu peminat KPOP terbahagi kepada 3 sebenarnya. Jangan ingat semua peminat KPOP sama ya. Tiga yang aq maksudakan ialah :-
1- Peminat Drama KPOP [Drama Korea] SAHAJA!
2- Peminat Band KPOP sahaja!
3- Peminat Drama & Band KPOP!
Okay! Sekarang korang dah tahu kump dalam peminat KPOP sendiri. So aq explain la sikit satu2 kump kan. 
Peminat Drama KPOP!
bagi group yg minat drama kpop shaja dorang ni memang x minat mana or x minat langsung band kpop. Dorang minat dengan jalan cerita drama kpop yang begitu unik, romantik, lain dari yang lain dan mungkin juga  pelakon2 yang mempunyai good looking. Ye la kan kalo pelakon good looking, cerita menarik sapa yang x nak tengok drama tu kan? Betul tak? Jangan ada la yang cakap x! PENIPU! Good Looking ni satu pakej yang bonus untuk pelakon tu. Hoho. Okay ^^ 
Peminat Band KPOP!
kalau yang group ni pulak ada sebabnya tersendiri. Aq tergolong kump ni la so nak explain dia aku suka. Haha!! Sebenarnya mereka yang minat band KPOP ni ada banyak faktornya juga. Macam aku kata tadi paras rupa penyanyi itu sendiri. Penyanyi KPOP juga sangat berbakat! Sebab apa?? Dorang mempunyai pakej seorang penyanyi. Dalam masa menyanyi mereka juga boleh menari. Ini bukan senang tau. Tenaga tu memang kena kuat!.  Dorang ni menjadi sangat berbakat kerana sebelum  kumpulan yang nak debut tu [ debut tu maksudnya perasmian mereka nak jadi artis or erti kata lain time dorang nak jejak kedalam dunia artis lah] dorang akan dilatih oleh syarikat masing2 selama 2-3 tahun atau lama lagi  dari itu. Inilah yang menyebabkan dorang sangat berbakat. Jangan sewenang2nya kita mencaci KPOP ni yer wahai kawan2. Korang pon x tentu berbakat seperti mereka Okay ^^. Artis KPOP juga sangat menjaga hubungan mereka dengan peminat2 mereka. Sehinggakan ada nama untuk peminat2 group2 tersendiri. Kalau artis tersebut melakukan kesalahan mereka akan segera meminta maaf kepada peminat2 mereka. Sebab tu lah peminat2 mereka ni susahnya lah nak beralih arah dan membenci KPOP ^^. Tu je kot aku nak cerita tentang group yang ni.
Peminat Drama & Band
Kalau yang ni korang gabung je la yang aq cerita kedua2 kat atas tu yer. Hehe ^^ 
Kita teruskan kepada persoalan yang kedua.
Kenapa adanya ANTI-KPOP??
Okay berdasarkan pengalaman aq sendiri dan observation aq lah yer. Mereka ni memang tidak suka KPOP sebab bagi mereka KPOP ni tak berkualiti. Ada juga yang caci mencaci cakap yang artis korea ni plastiklah, tak basuh beraklah, kafir lah n sebagainya. Okay. dalam situasi ni memang tak dinafikan dorang ni majoriti plastik. Dah kat korea plastic surgerynya murah n popular so biar dorang lah nak buat apa pon. Yang kita nak sibuk2 kenapa kan. dah memang cara mereka sebegitu. So biarlah~ yang kes tak basuh berak pulak. Hahaha!! Kelakar pon ada. Yang cakap dorang tak basuh berak ni macamana korang tau??? korang intai dorang buang air eaa!! Haha. Meskipun dorang tak basuh berak biarlah. Macam aq cakap memang cara dorang sebegitu so x payahlah kita nak memandang mereka dengan sebegitu jijik! Kita tak tahu dorang basuh ke tak berak dorang tu so tak payahlah sampai nak menhina mereka sebegitu ya ^^. Yang aq nak cakap ni sensitif sikit. Yang ni khusus untuk mereka beragama Islam yer. Yang bukan beragama Islam tu saya ingin memohon maaf bagi pihak mereka terhadap mana2 yang bukan beragama Islam ^^. Okay! Sekarang aq nak cakap sikit tentang korang yang boleh mengatakan bahawa ' Yang korang suka sangat KPOP ni kenapa?? Dah la kafir! Ingat2 agama lah weh!' Wow! Hebat betul mereka ini berdakwah! Memang la dorang tu kafir tapio tak perlu la nak cakap macam itu. Dunia kita berbagai agama n negara kita sendiri pon berbilang agama kan. Jangan sentuh lah isu2 agama ni. terlalu sensitif lah. Kalo yang bukan beragama Islam dengar macamana?? Tak terasa ke mereka?? Fikir2kanlah semua. Jikalau nak mengata pun jangan sentuh isu agama. PERINGATAN kepada semua ya! Aq juga nak cerita sikit. Masa dulu2 aq memang kutuk giler2!!! KPOP ni. Tapi!! Last2 aq yang kemaruk macam orang gila! Bukan aq sorang je jadi macamni tau. Ramai lagi kawan2 aq yang jadi macamni, Macam berhantu je kan. Haha!! So jangan mengata2 lah yer. Haha!!
So berdasarkan apa yang aq cakap semua kat atas ni pandai2 korang lah nak fikir macamana. Aq tiada hak nak tentukan pendirian orang lain kan, Aq juz tulis berdasarkan pendapat aq je. So bubbye ^^ Oh ye kat bawah ni aq letak gambar group yang aq minat. Hehe ^^ Bubbye! 
Assalamualaikum ^^
Yang ni Inffinite
Inffinite
ni MISS A

No comments: