Friday 1 July 2011

Perhimpunan BERSIH ~KuaLa LumPur

Ape ni?? Apa itu perhimpunan BERSIH??? Kalo korang nak tau, ini lah isu paling hangat masa kini dalam politik tanah air kita... Apa yang pasti ini bukan masalah kecil tapi masalah yang sangat2 besar...SEKARANG dalam berita kita pund apat tahu kan..bukan KUALA LUMPUR je, PENANG sekarang duk buat bantahan pasal ni..aduhhhhh apa la nak jadi sekarang ni....terlalu banyak dah DEMONTRASI bantahan telah dibuat...



Motif di sebalik perhimpunan BERSIH ni???

Ade beberapa pihak yang inginkan pilihanraya umum yang akan datang dijalankan dengan adil dan saksama tanpa ada penipuan dan penindasan.. Kesnya ialah tak mau ade pihak lain yang cuba bermain kotor dalam pilihanraya nanti...


Tapi persoalannya adakah perhimpunan ni wajar dilakukan??


Sebenarnya aku tak berani nak jawab soalan ni sebab boleh menyebabkan perasaan tak puas hati di kedua2 belah pihak..
- Kalo aku setuju, nanti orang cakap aku ni antara orang yang cube meghuru-harakan negara kita yang memang dah aman ni..
- Tapi kalo aku tak setuju pulak, orang akan cakap aku ni jenis yang tak kisah dengan kerajaan yang penuh dengan rasuah ni. 

- Bagi aku, baik kita fikirkan jalan penyelesaian yang paling baik untuk kedua2 belah pihak dan yang paling  penting, untuk kesejahteraan rakyat dan jangan menjadi seperti negara2 di timur tengah sekarang yang tengah huru-hara..
P/S: Satu je yang aku mintak dari korang... Jangan cuba sesakkan jalan raya di Kuala Lumpur yang sememangnya dah sesak... Sebab ini akan membebankan dan menyusahkan pengguna jalan raya... So secara tak langsung, hanya dosa yang kita dapat nanti..

BERSIH bermula sebagai Jawatakuasa Bertindak Bersama bagi Reformasi Sistem Pilihan Raya yang ditubuh pada bulan Julai 2005.  Objektif gabungan tersebut adalah untuk memperjuangkan pemulihan yang menyeluruh untuk sistem pilihan raya di Malaysia.
8 Perkara Tuntutan

1.  BERSIHKAN  SENARAI UNDI.
2.  MENREFORMASI UNDI POS.
3.  GUNA DAKWAT KEKAL.
4.  MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI.
5.  AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL.
6.  MENGUKUHKAN INSTITUSI AWAM.
7.  HENTIKAN RASUAH.
8.  HENTIKAN POLITIK KOTOR.

Kesan Positif BERSIH 2.0

  • Pilihan raya akan di adakah secara telus dan adil. 
  • Berkemungkinan Kerajaan baru dapat di bentuk.
  • Sistem baju berwarna kuning laris di pasaran.
  • Gejala rasuah dapat di kurangkan
Kesan Negatif BERSIH 2.0
  • Negara akan berlaku huru-hara dan darurat.
  • Pergaduhan lebih banyak berlaku.
  • Fitnah memfitnah kian berleluasa.
  • Ramai aktivis akan di tangkap.

No comments: