Friday 27 May 2011

Ada Apa Dengan CINTA

 ADA apa dengan CINTA... 
Ya ALLAH labuhkan CINTA ku kepada orang yang melabuhkan CINTA kepadaMU.....


Setiap kali memikirkan CINTA, aku terfikit betapa CEMBURU nya aku melihat rakanku SENDIRI bercinta.... Sedangkan AKU masih lagi terburu-buru mencari CINTA SEJATI....CINTA ku pada bakal isteri ku nanti..CINTA dia kepada ALLAH S.W.T...HANYA itu yang AKU yakin....tapi layakkah aku??? layak ker???? aku hanya berharap setiap hari TUHAN datangkan yang terbaik untuk AKU...AKU cukup letih dengan DUNIA....
DUNIA yang terlalu cukup untuk BERHIBUR semata-mata...apa yang dihalalkan tetap diharamkan...itu banyak dugaan yang engkau bagi kepada umatmu INI.. bawalah AKU sentiasa ke jalan LURUS MU... Jangan biarkan aku goyah  dan berpaling dari MU, YA ALLAH..

Aku hanya dapat MERATAPI... Hanya linangan AIR MATA terjatuh ketika menaip... Mudah-mudahan aku senyiasa di rahmtinya...AMIN....

Wednesday 25 May 2011

FinaL eXAM is Over and Ready New Life!!

ASSALAMULAIKUM....
Hye semua semua apa khabar..Rasa dah LAMA tak mengupadated blog nie.... kerana sibuk dengan peperiksaan akhir SEMESTER nie.... Balik hostel mana sempat nak online  segalanya..apatah lagi buat benda lain...rasa dah seminggu final EXAM berlalu...tapi aku rasa macam dah lama je masa tu berlalu...bila di hitung memeng baru lagi la.. Rasanya cuti-cuti tak ada apa sangat aku nak buat..hanya duk rumah je tengok tv, makan dan tido, itulah keja masa cuti ni...hurmm aku tahu la samapai bila akan terus macam ni....rasa nak kerja pun malas lagi sebab rasa tak puas lagi cuti dengan tido2..selama ni aku tak cukup tido je..tapi bila dah cuti tak ada pulak aku tidur lama-lama...aku jadi macam burung hantu je.... Malam-malam ada je aku meayap keluar g K.L..dah la balik pagi-pagi....
hurmmm bukan apa bosan sangat duk kat rumah.....aku still berada di K.L lagi..hurammm rasanya aku tak balik kampung kot..sebab aku dah biasa dengan kehidupan kat sini...bagi aku di sini segalanya kehidupan baru aku...bukan aku tak teringat kat kampung..semua tu aku ingat..selalu berada dalam ingatan aku selama ni...KAWAN-KAWAN aku dan lain-lain lagi...tapi keadaan belum lagi aku nak balik kampung..jadi aku masih di sini lagi...sebenarnya aku di sini mempunyai sebab..aku perlu mencari seseuatu dalam hidup aku...*POYO nta aku rasa*.seseuatu yang boleh buat aku tenang, aman dan damai....bukan dekat kampung aku tak perolehi semua tu..tapi orang yang memahami dan mengenali  aku tahu la kenapa aku macam ni..aku rasa tak perlu aku cerita semua ni....hurmmm cukup la orang yang tahu keadaan aku macam mana...hurmmm aku tak tahu sampai bila keadaan ini akan berterusan...kalau difikir balik aku rasa lebih baik masa yang menentukan segalanya..aku bseserah kepada takdir je la.
Untuk sepanjang cuti ni..banyak pakara telah berlaku kepada diriku..aku bukan nak menceritakan sangat benda ni.,.tapi kadang-kaang aku perlu luahankan dalam hatiku..sebab rasanya dengan menulis dan menaip ni  dapat aku rasa tenang...aku bukan tension..tapi rasa macam tak tenang je...ala sikit je la klu tension pun..tah apa-apa yang aku cakapkan ni..;sekejap tak sekejap ya...oke la, firstly apa yang aku nak ceritakan....aku rasa geram  sangat dan marah....ni semua pasal sahabat.. aku tahu tak semua yang bersahabat kita tu baik...hurmm kadang-kadang mereka lah yang menjadi musuh kita..hurmm aku masak sangat dengan orang macam ni...if dia tahu aku macam tu, satu je aku nak mitak, aku tak sama macam ko fikirkan oke.....walau kehendak yang sama....tapi aku bukan macam ko...hurmmm bagi yang faham tahu apa masalahnya....aku tak kisah pun ko menceritakan kat orang lain, sebab sesetengah orang dah tahu kot..by the way, lantak ko la..sebab dalam dirku sahabat tu memeng ada unsur jeles dan macam-macam lagi..sikap yang suka jaga tepi kain orang.... so berubah la ya...sebab nanti kain ko yang koyak sendiri sape yang nak jahitkan..so better ko jaga diri sendiri..jangan terlalu jaga tepi kain orang..oke la..malas dah aku nak fikir pasal ni..benda ni dah lepas rasanya....perasaan aku sekarang dah lupa rasanya..sebab aku dah tak tengok muka ko lagi....muka yang berpura-pura baik didepan je...aku malas nak kutuk kawan..cukup lah aku nak cerita pasal ni...

 hurmmm citer seterusnya...pada cuti ni jugak, aku telah banyak hadapi konflik...pening dan strerss jugak aku fikirkan ni semua...hurmm banyak aku lalui saat sedih dan kecewa untuk hadapi semua ni..hurmm macam putus CINTA aku rasa..hurmmm padahal aku dengan dia tak bercinta pun..aku just suka kat dia....tak timbul pun perasaan cinta itu lagi..walau dah lama aku kenal..hurmmm tapi tak pe la...mungkin bukan  jodoh aku rasanya..so aku kena kuatkan semangat untuk hadapi semua ni..sebab ini bukan pertama kali aku hadapi semua ni...so kali ini aku mesti kena lebih bersabar..dengan usia aku dah semakin meningkat dewasa..so aku kena la berfikiran positif.... apa yang aku harap satu hari nanti dia akan ingat apa yang aku sudah buat untuknya....aku malas nak citer panjang hal ini..sebab tak nak terlalu emosional dalam pekara ni....biar takdir yang menentukannya....

oke lah berbalik pada citert cuti aku lagi...hurmm aku rasa sekarang aku perlu cari keja part time la..sebelum aku dapat keja sebenar aku nanti..yalah mana taknya...sape yang nak bagi duit nak belanja....duit makin lama makin kering....hurrmm tapi keja apa nak aku cari...tunggu insyALLAH  nanti dapat la kot...walau aku dah mitak beberapa tempat dah....hurmm hope berjaya la aku dapat.....oke la rasa sampai di sini saja la dapat aku tulis sepanjang seminggu aku cuti ni..hurmmmmm oke SEMUA bye2.....

Saturday 14 May 2011

Minggu EXAM

 
 















Minggu ni minggu EXAM teori..Rasa berdebar sangat kalau exam kat kolej..yalah soalan kadang-kadang tak boleh nak ramal la...walau ada macam peruncingan pun masih takot lagi..tapi sekarang aku masih boleh buat entry lagi untuk kali ni..sebab lepas ni maybe aku tak boleh sangat nak post, kena STUDY kot...dah banyak sangat masa aku terbuang sekarang...AKU sebenarnya tak ada MOOD lagi nak study, INSYALLAH aku akan cuba cari MOOD study tu.....hurmm apa-apa aku kan cuba untuk atasi masalah ni..hope semua berjalan dengan lancar EXAM kali ni...ok la...nanti ada masa aku akan post lagi..sekarang minggu EXAM..ok..GUD LUCK semua yang menempuh EXAM....bagi yang sedang cuti tu SELAMAT BERCUTI ya....

Tuesday 10 May 2011

Perjalanan Semakin HampiR

Hari demi hari berlalu, semakin banyak peristiwa yang berlalu, dan hari yang pasti tiba itu juga semakin hampir dengan diri kita. HARI apa ya..OF COURSE la EXAM!!!...DaH 2 hari EXAM amali berlalu...tinggal 1 hari je lagi untuk aku berada di sini..kadang-kadang perasaan untuk meninggalkan tempat ini memg SEDIH jugak..rasa dah macam biasa plak berada di sini..tapi itu semua mustahil....Perjalanan ini harus diteruskan jua..Kata orang setiap PERTEMUAN ada PERPISAHAN..So aku belajar dari situ..apa-apa segala kenangan aku berada di sini tidak akan aku lupakan....Semuanya INDAH bagiku... Dalam sedar atau tidak, sebenarnya aku masih berada di sini, tanpa banyak perubahan....Masih keadaan MALAS.. Walaupun 22 tahun telah ku lalui setelah January yang lepas, aku tak merasakan banyak perubahan pada diri ini dan aku semakin meningkat dewasa.. Masalah-masalah yang aku lalui masih belum dapat diselesaikan.. .Sekarang 22 tahun bermakna kini aku semakin dekat dengan alam pekerjaan, alam perkahwinan, dan yang pastinya hari kematian itu sebenarnya yang paling hampir dengan diri ini.. Aku ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada rakan-rakan yang mendokong AKU, membimbing AKU sepanjang perjalanan mencari keredaan-Nya di muka bumi ini..aku ingin mengucap GUD LUCK for EXAM NEXT WEEK nanti..apa-apa pun DO THE BEST!!!!!

Monday 9 May 2011

First Day Exam

Rasa macam tak pecaya je hari nie dah tiba EXAM..hari yang ditunggukan OLEH semua ORANG kot....Sebab masing-masing rasanya tak SABAR nak habiskan EXAM,,yalah nak CUTI kan.....hurmmm sama la dengan aku....AKU pun nak habiskan cepat jugak..memang tak sabar la...Tapi hari ni la FRIST DAY EXAM..perjalanan masih JAUH lagi OKE...banyak benda kena STUDY lagi....MALAS tu tak tahu la nak cakap...HARI nie aku nak citer sikit pasal EXAM...hurmm MALAM tadi aku baca sikit je...lagi pun aku PENAT sangat, tido awal..tak PREPARE sangat pun..tengok2 je malam tadi...pagi tadi bangun macam biasa EXAM
start kul 9...So ada masa lagi nak STUDY..lagi pun tadi turn EXAM aku lambat sikit.. *GILIRAN LAMBAT KOT*.dalam kul 12 TENGAHARI aku START rasanya..lambat jugak la... KADANG-KADANG lawak la pulak bila nak hadapi hari pertama exam hari nie..
Semua perasaan ni bercampaur - baur je .. Ade rasa takut la, rasa gementar la, berdebar, cuak, dan macam2 lagi la.. Seolah-olah inilah kali pertama aku nak hadapi final exam.. Padahal ni dah masuk yang entah ke berapa kali dh nak EXAM ni.. Banyak sangat sampai aku pon dah lupa..Hahaha....tapi berdebar la TADI. duk menghafal benda yang SAMA je..SEBAB tak yakin sangt kot...apa-apa tadi aku just buat yang TERMAMPU je...hope semuanya OKE dan dapat dapat result yang baik-baik je.....Dan aku harap KAWAN-KAWAN aku semua pun macam tu...HARAP semau BERJAYA la..mahupun KAWAN -KAWAN yang dekat dengan aku dan KAWAN-KAWA yang jauh dengan AKU...

                 APA-APA PUN GUD LUCK IN EXAM OKE......

Sunday 8 May 2011

Selamat Hari Ibu, Mama!

I LOVE U MOM!!
Selamat Hari Ibu buat Mama. Sempena Hari Ibu hari ini AK nak citer la sedikit... Sebenarnya, setelah hampir beberapa bulan aku buat blog, mama tak tau pon yang anak teruna dia ni adalah seorang blogger. DULU aku pernah buat, tapi aku tak aktif pun sebab tak beberapa pandai. Sampai satu masa AKU rasa aku perlu meangaktifkan balik sebab banyak FAKTORNYA....*POYO JER*.Sejak ada BLOG ni banyak telah aku luahkan PERASAAN kat dalam ni.bukan apa, aku rasa sangat bosan sangat..Memang dari SEKOLAH lagi aku memang suka MENULIS, membaca, tapi aku bukan ULAT BUKU sangat.. MEMBACA N MENULIS ketika BOSAN sahaja..OKE la aku rasa dah lari sangat dengan TOPIK aku nie , HARI IBU, hurmmm pagi2 tadi aku ada kol IBU, bukan apa aku tak kol malam tadi, sebab IBU selalu tido awal..aku tak nak ganggu IBU tido..Hurmmmm selpas bangun tadi, mandi-mandi semua, aku pun KOL la ibu..hurmmmm Sebenarya aku PANGGIL IBU sebagia MAK je...hurmm SEMASA aku kol MAK tu, mak ok je..aku UCAP lah kat mak, SELAMAT HARI IBU, dan aku UCAP kan terima kasih kat MAK kerana membesar aku sehingga sekarang...Tanpa MAK, aku tidak berdiri sehingga sekarang....I LOVE U MOM.. Tidak lupakan jugak aku mendoakan MAK semoga panjang UMUR dan murah REZEKI....sebaK jugak la aku nak katakan semua itu...yalah kadang2 aku malu dan katakan semua tu..tapi perasaan malu tu aku cuba beranikan jua.sebab aku rasa MAK memahami aku..Sebab MAK ada orang paling rapat dengan aku..
AKU memang tidak boleh hidup tanpa MAK..sebenarnya dah lama aku  tak jumpa mak aku..hampir 5 bulan dah...hurmmmm aku sangat RINDU kat dia..Maybe lepas EXAM FINAL nanti aku akan balik mejenguk MAK....OKE, berbalik citer HARI IBU tadi, selepas aku ucapkan semua tu kat mak, mak pun membalas balik apa yang aku ucapkan..MAK mengucapkan TERIMA KASIH kepada aku, dan mendoakan aku agar terus BERJAYA  dalam pelajaran dan berlajar jawab EXAM baik-baik..hurmmm aku SEBAK gak masa tu MAK cakap macam tu....Sebagai seorang ANAK, aku  berjanji akan membalas semua JASA mak sepanjang hidup aku..THANKS MOM...I LOVE U VERY MUCHHHHH...Apa-apa pon aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada MAMA!!!

Saturday 7 May 2011

DeLiCouS oF BBQ

Hari ni aku memamg SERONOK sangat-sangat...bukan aku dapat HADIAH ke apa, bukan dapat elaun lebih SERIBU dari orang lain....tapi peristiwa yang best....OKE, apa nak aku cerita nie PERISTIWA macam biasa la, yang berlaKu dalam kehidupan seharian aku..*tak OVER oke*... jap erkkk aku nak citer pasal Malam tadi aku tido lewat sangat.. Rasa menyesaL pun ada.... perlu ker aku bagi tahu, sebab macam biasa la WEEKEND kot memg aku tido lewat...aku main INTERNET sampai pagi..
 Plak tu pagi tadi aku bangun kul 8 lebih, hurmm sakit gak mata, MERAH, LEBAM dah macam HANTU.., mane taknya ari nie kena bangun awal sebab CAMPIGN BBQ dengan TUAN HUSNI dan WIFE dan bersama kawan-kawan rumah...hurmmm so bersemangat la bangun tadi..... Hari nie sangat PANAS TERIKKKK..tension aku, kalau panas je mesti berpeluh habis.... tadi dalam keadaan panas tu aku, faris dan sahrul menuju ke PANTAI KELANANG, naik kereta boleh berpeluh kot tadi........Mememg orang cakap panas kot minggu nie..bukan aku sorang je...hurmmmm sesudah sampai kt pantai tadi..wahhhhhhhhhhh gila PANAS kot, walaupun PAGI lagi masa tu..hurmmmm tunggu demi tunggu Tuan Husni, akhirnya sampai..kte orang plak yang sampai awal...hahahahahhahahah...tapi xpe boleh berjemur dulu kot tadi..  Apa aku nak cakap PANTAI KELANANG memang CANTIK la...sesuai sangat nak BERCAMPIGN, MANDI kot...orang datang tadi pun ramai..ada gak dengan family, sekolah..hurmmm sangat meriah la... sebabb ada budak main layang-layang...
Pantai pun tak mengecwakan.. pada masa tu..air pasang je..hurmmmmm ada gak kawan cakap nak MANDI. hahahahaha..hanya orang tahu keadaan air tu  boleh kata nak mandi ke tak mandi...apa2 pun aku tak kisah la..aku tak teringin pun nak mandi....hurmmm sesudah pilih lokasi tadi.kat tepi pantai.so, bermula sesi BBQ....hurmmmmmmmmmmmm best nyer aku tengok benda TUAN HUSNI bawa..ayam kot.. memang lar ayam kan..dah la aku lama tak makan ayam bakar nie..last bila entah....aku sendiri pun tak ingat..yang pasti aku asyik makan ayam goreang je....ayam MCD faveret aku kot...*.OPPPSSS tercerita plak*..hurmmmmmmm puas makan tadi...hurmmm bukan  makan tu sahaja tadi,  isteri TUAN HUSNI pun sedia bihun gorenag yang sedappppppp,..pandainya dia masak..macam masakan MAK je aku rasanya.....patut la sedap...rupanya dia orang TERENGGANU kot...memamg LIDAH  aku nie dah biasa dulu dengan masakan TERENGGANU..memang sedapppp!!!!!!

Selepas selesai sesi MAKAN untuk kali pertama,*hahahahahah BREAKFAST kot tadi masak ayam mula-mula masak tu. mana taknya tadi memang lapar gila..dah lewat makan kot..biasa makan awal pagi lagi.tadi lewat sikit......Tapi yang bestnya tadi bukan ayam je ada ya, UDANG, SOSEJ, KETAM pun ada..macam biasa untuk LUNCH time makan plak sekali lagi..hehehehehe..kali ni siap semua bahan bakar tu baru makan, memang sedappp dan terase la keseronokan tadi...walau buat BBQ pagi pun  ternyata best jugak..bukan malam je best ya..mula2 memamg aku rasa la..kenapa la buat BBQ pagi..Tapi tak menyesal pun....kalu ada sape2 nak buat BBQ pagi best je ya...sebab boleh cover makan pagi dan tengah hari.....hihihihhihi.
Masa berlalu dengan pantas je..hampir kul 3 berada kat sana tadi...sampai merah menyala dah muka aku sebab kekeringan kena BAKO,,hurmmmm PANAS pantai kot......apa-apa pun aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada TUAN HUSNI dan WIFE nya kerana belanja kita orang dan ajak bercampign..memang BesTTTTTTTTTTTTT GiLLLLLLLLERRRRRRR...tak lupa jugak kepada KAWAN-KAWAN yang menjadi CHEF tu...korang memamg TERBAIKKKKKKKKKKK la..

Friday 6 May 2011

ErTi PersHaBatan PiDausesiest Glambert


Detik keriangan katanya!!
Semalam merupakan PERISTIWA paling best rasannya sepanjang berada di sini, di mana tempat PRATIKAL NIE la.....apa tidak kami beramai-ramai telah mengadakan PHOTOSHOOT diPantai.. BESTTTTTTTTTTTTT GiLLLLLLLLLLLer  sebab aktiviti ni memang dirancang awal lagi...So sebab tu la menjadi.... Kawasan yang kami SHOOT ni cantik sangat..mcm kat AUSRTALIA...*KAWAN YANG CAKAP* oke apa pun memg best kat sini...hurmm semua bersemangat je..ada yang OVER pun ada...tapi tak kisah la itu semua sebab memang patut pun, sebab ni saat terakhir kte orang berada disini sebelum EXAM....hurmmmm jadi kami buatlah aktiviti sebelum ada masa lagi..oke rasanya...hurmmm  dalam sesi gambar, banyak yang aku nak memperkatakan "SOMETHING about FRIENDS"..apa lah erkkkk..apa yang penting PERSAHABATAN itu amat penting, kadang-kadang aku sendiri pun tak boleh menjadi sahabat yang baik di MATA korang....
oke tak!!!
Jadi bukan mudah untuk kita memiliki seorang SAHABAT yang benar-benar setia dan memahami. Maklum lah dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. So, pada semua kalau kita tersilap pilih SAHABAT,  maka meranalah diri kerana sahabat turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan seseorang... Rasanya dah banyAK di sekeliling kita berlaku semua ni..
MAKA, Janganlah kita memandang rendah ERTI PERSAHABATAN, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat. Orang yang suka mengkhianati TEMAN sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya...Memiliki SAHABAT  yang ramai boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi  sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.


berteduh seketika!!
Pepatah ada MENYEBUT" Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain"..Persahabatan yang begitu erat mempunyai pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya... AKU merasakan terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata... NAMUN Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian. ...
Berehat sebentar!!
SO apa yang PENTING  sekarang bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. kerana dialah PEMBELA kita diwaktu kamu susah. Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali.Sahabat juga adalah ANUGERAH ALLAH untuk menjaga kita...tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu...*OPSSSS OVER SUDAH*


P/S: KITA tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan..
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya....

Thursday 5 May 2011

FiNaLLy

Ni masa nak main bowling, buat pegang2 bola, berat kot!!!!
Alhamdulillah... Sudah selesai aktiviti yang dirancang-rancang sejak dulu lagi dengan kawan-kawan pratikal iaitu bermain BOWLING.. Sejak dari tahun lepas lagi nak buat games BOWLING, tapi tak menjadi disebabkan sibuk-sibuk sangat katanya..tapi malam ni main BOWLING bukan games pun, tapi suka-suka je..sebab untuk menamatkan semester ni..Dimana kte orang kan berpisah lagi..hurmmm sedih gak..banyak suka dan duka berada di sini.. Tempat ni best sangat, banyak kenangan dapat dari sini.semuanya indah belaka...hurmm oke, tak nak lari tajuk, nak citer sal main BOWLING, BOWLING ni salah satu sukan riadah yang sangat popular di EROPAH serta AMERIKA SYARIKAT. perlu ker ni...Main BOWLING tidak adalah susah sangat, walau aku jarang sangat main tak macam kawan aku yang lain selalu main BOWLING...Tapi aku boleh juga main yeee *tak hebat pun*.. Selama ni aku tak main sebab ada alasan-alasan tertentu...hurmm rasa tak payah la aku cakap kenapa...Hurmm apa sebab UTAMA aku ialah penyakit MALAS je...


yang nie no komen!
Aku tahu sukan BOWLING ini bukan sahaja sesuai untuk aktiviti riadah bersama KAWAN-KAWAN mahupun keluarga tetapi juga salah satu sukan yang dipertandingkan di peringkat negara dan antarabangsa...HURMMM rasanya x perlu la aku cerita pasal BOWLING dengan lebih detail...sebab dalam internet pun banyak..






Pengalaman main BOWLING malam tadi best jugak..banyak peristiwa yang mencuit hati aku, aku tak tahu maybe aku jarang bermain kot.sampai bola pun terlepas dari tangan sebab tangan dah berpeluh..licin kot masa tu, dah la masa tu aku nak lontar ball tu..MALU seketika..Tapi biasa la tu kan.adat permainan cover..mesti ada peristiwa sikit ..Tapi nasib baik la aku tak ada jatuh..
wajah yang sonok main BOW!!!


Lama jugak la main bowling malam tadi sampai sakit tangan, lenguh-lenguh tangan ..tapi part menunggu giliran rasa bosan gak...tapi keselurahan main  malam tadi enjoy la dapat berkumpul ramai-ramai*sangat*.




Nie la pasukan gerakan BOW...hebat2 belake!!!
Lepas hampir 2 jam main bowling, akhirnya habis jugak..berpeluh gak sikit masa main tu..walau aircond ada, aku still berpeluh...hobi aku berpeluh....HURMMM untuk games malam tadi best je.sebab ramai jugak yang datang, En.Bahram, Tuan Husni, Puan Siti serta suami dia...








Wednesday 4 May 2011

KisaH Mei


Mei bulan untuk kita semua meraikan HARI BEKERJA….saya pernah KERJA, anda jadi PEKERJA, rata-rata manusia di muka bumi ini adalah PEKERJA.Tidak kira anda bekerja sendiri, anda majikan atau anda orang suruhan.Semua kita adalah PEKERJA… Bercakap pasal KERJA, kita tidak boleh lari membincangkan soal upah ataupun gaji yang di terima. Setiap orang yang BEKERJA pasti akan menerima gajinya.Tetapi soalnya sekarang, adakah berbaloi gaji yang anda terima setiap minggu, bulan atau tahun itu dengan pekerjaan yang anda lakukan???? Mana satu diri anda??? bekerja sedikit tetapi gaji banyak, KERJA banyak tetapi gaji sikit atau BEKERJA tapi tidak minat dan sangat minat tetapi tidak kisah beberapa jumlah gajinya..

Ya setiap daripada kita hari ini melakukan pelbagai bidang KERJA mengikut minat serta jumlah gaji berbeza dibayar.Sempena HARI BEKERJA 1 mei ini, walau dah lepas 1 mei, tapi masih dalam bulan mei tau, marilah kita meraikan diri kita sebagai seorang PEKERJA..walau aku masIh belum bergelar  sebagai PEKERJA..tapi aku pernah BEKERJA dulu….dan sekarang pun dah macam bekerja jugak..kerja belajar..so kepada semua SELAMAT HARI BEKERJA ……

 
 Rasulullah SAW bersabda, 
“Siapa yang mencari harta dunia secara halal, sebagai upaya untuk menjaga diri dari meminta-minta, sebagai usaha untuk memenuhi kebutuhan keluarganya, dan karena menaruh iba kepada tetangganya, dia akan menjumpai Allah dengan wajah bagaikan bulan di malam purnama.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Baihaqi)

Pada suatu hari di kala Rasulullah sedang duduk-duduk bersama dengan beberapa orang sahabat, mereka melihat seorang pemuda yang bertubuh kekar dan berbadan kuat yang pagi-pagi sekali telah bekerja mencari nafkah. Para sahabat bergumam, “Celakah orang ini ! Kalau masa mudanya  dan kekekaran tubuhnya itu digunakan di jalan Allah SWT !”


SO, apa-apa pekerjaan yang kamu lakukan sekarang hargailah dengan sebaik-baiknya..yang penting sekali ialah rezeki yang kamu cari ialah HALAL....