Friday 6 May 2011

ErTi PersHaBatan PiDausesiest Glambert


Detik keriangan katanya!!
Semalam merupakan PERISTIWA paling best rasannya sepanjang berada di sini, di mana tempat PRATIKAL NIE la.....apa tidak kami beramai-ramai telah mengadakan PHOTOSHOOT diPantai.. BESTTTTTTTTTTTTT GiLLLLLLLLLLLer  sebab aktiviti ni memang dirancang awal lagi...So sebab tu la menjadi.... Kawasan yang kami SHOOT ni cantik sangat..mcm kat AUSRTALIA...*KAWAN YANG CAKAP* oke apa pun memg best kat sini...hurmm semua bersemangat je..ada yang OVER pun ada...tapi tak kisah la itu semua sebab memang patut pun, sebab ni saat terakhir kte orang berada disini sebelum EXAM....hurmmmm jadi kami buatlah aktiviti sebelum ada masa lagi..oke rasanya...hurmmm  dalam sesi gambar, banyak yang aku nak memperkatakan "SOMETHING about FRIENDS"..apa lah erkkkk..apa yang penting PERSAHABATAN itu amat penting, kadang-kadang aku sendiri pun tak boleh menjadi sahabat yang baik di MATA korang....
oke tak!!!
Jadi bukan mudah untuk kita memiliki seorang SAHABAT yang benar-benar setia dan memahami. Maklum lah dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. So, pada semua kalau kita tersilap pilih SAHABAT,  maka meranalah diri kerana sahabat turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan seseorang... Rasanya dah banyAK di sekeliling kita berlaku semua ni..
MAKA, Janganlah kita memandang rendah ERTI PERSAHABATAN, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat. Orang yang suka mengkhianati TEMAN sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya...Memiliki SAHABAT  yang ramai boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi  sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.


berteduh seketika!!
Pepatah ada MENYEBUT" Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain"..Persahabatan yang begitu erat mempunyai pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya... AKU merasakan terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata... NAMUN Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian. ...
Berehat sebentar!!
SO apa yang PENTING  sekarang bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. kerana dialah PEMBELA kita diwaktu kamu susah. Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali.Sahabat juga adalah ANUGERAH ALLAH untuk menjaga kita...tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu...*OPSSSS OVER SUDAH*


P/S: KITA tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan..
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya....

2 comments:

khairil yazit said...

Perghh!!
Pantai Morib siot..
hahaha

PiDausesiest Glambert said...

a ah..... seksa jugak kalu duk kat luar nak datang sini..jauh kot...