Wednesday 4 July 2012

JaLan Suka-Suka!!

Salam dan Selamat malam!!!!..ehhh petang lagi ke ni...tapi aku rasa sekarang dah malam kot....apa-apa je la kan..okey dah 2 hari tak updates diari hidupku.terase sunyi plak di hati ni, bukan tak nak updates cuma busy sikit ya...bila BOS suruh buat kerja, so kena buat la...so semalam kena teman BOS buat kerja...okey aku tak nak citer pasal Bos AKU...sebenarnay aku masih belum puas lagi tau...nak tahu apa yang aku belum puas tu??? sebenarnya apa yang aku nak updates kan ni dah lama..cuma sekarang baru je ad masa..yalah sebab benda yang aku nk updates ni baru je aku pindahkan fail ke laptop..so jap nanti aku boleh sharekan apa dia sebenarnya..
dengan mak dan adik!
gambar ni dengan abg dan mak*aku besar dari abg aku 0key*
lagi gambar dengan mak dan adik!!! *Adik aku ni tinggi macam galah!!
ni abg, adik dan mak kesayanganku!! 
just Shopping biasa je untuk mak dan diri sendiri..ehhhhhhh
Ni gambar masa mak datang  K.L..buat pertama kali sepanjang aku kerja di sini, aku ajak la mak datang ke K.l untuk lihat anaknya yang kerja sini..so far mak suka sangat bawak gi jalan-jalan...aku dengan mak ni memang baik..maklom la aku ni mak aku..hehehehhehe..sangat-sangat rapat..actually mak aku ni bukan first time datang K.L..mak dah biasa datang K.L tapi yang ni aku ajak datang sebab nak mak happy sikit , yalah mak kan duduk kat kampung tu lama-lama., mesti bosan kan..So aku bawak la mak aku ni g SUNWAY PIRAMID, tempat ni la paling dekat dengan rumah pun..tak pergi jauh-jauh....pergi jalan-jalan ni syukur la abg aku ada, hehehehe, sebab abg aku ni banyak support tau pasal duit..hehehhehe..aku ni bukan banyak duit , so dia banyak membantu dan tak kisah pun..*nak-nak belanja makan, memang abg aku la bayar..but aktiviti shopping memang aku la..heheheh..saat bersama mak, adik dan abg ni tak dapat ku lupakan..yalah firstime aku kerja dan aku beli keta aku bawak mak gi jalan-jalan..so lepas ni aku janji akan bawak mak g jalan-jalan lagi...okey la itu je kowt nak share, byk lagi tempat gi jalan-jalan. satu persatu la aku sharekan..*MALAS nak luah byk sgt, maluuu kowt..okey BYE!!!


Saturday 30 June 2012

Kepenatan Mula dirasai!!

Assalamulaikum dan selamat malam....malam ni tiba-tiba rasa nak updates blog..biasanya aktiviti updates blog ni waktu pagi...so disebabkan tak ada lerja malam ni dan satu hari tak upadates rasa bosan plak..biasa la line internet ada sekarang so boleh updates ap yang apa yang patut..pertama dulu aku nk bagi tahu aku menulis blog ni just macam diari hidup aku je..dengan menulis ni aku rasa tenang dan boleh meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku buat sepanjang masa 24jam...memang dari dulu lagi suka menulis..aku pernah buat satu citer dulu dah 200 lebih muka surat tapi malangnya semua lenyap kerana laptop aku kena format dan aku lupa untuk backup citer yang aku karang..so lepas pada tu aku sangat2 sedih dan kecewa untuk menulis lagi..okey la tu semua citer masa zaman kolej lagi..
rasa dah 2 tahun dah benda tu berlaku..citer yang aku karang tu aku ingat-ingat macam tu je..aku tak dapat nak menulis citer tu lagi sebab tarikah dan tempat untuk citer aku,aku dah lupa...okey lupakan citer pasal ni dan sekarang aku nak citer untuk hari ni...untuk entry malam ni aku just nak sharekan apa yanh berlaku pada hari..entry lebih kurang yang sebelum ni, iaitu operasi MEROKOK DI KAWASAN LARNGAN MEROKOK..so dari sini aku nak citerkan yang 2 hari ni jumaat dan sabtu merupakan hari yang paling penat di dunia untuk aku..aku tak pernah rasa penat sebelum ni masa berkerja...selama ni penat biasa dan masih boleh melakukan aktiviti lain lagi..tapi untuk 2 hari jumaat,semalam dan arini sabtu baru aku merasai erti penat sebagai seorang pekerja...#memang tak boleh blah sikit perangai aku# tapi aku ikhlas semua ni..okey citer yang boleh aku katakan penat di dunia sebab macam ni..semalam jumaat aku kerja, macam biasa aku bangun kul 6 pagi dan siap2 bertolak kerja kul 7..habis kerja dan solat jumaat tu kul 3 dan aku lepak rumah faris untuk tunggu kul 5 operasi..di rumah faris aku just rehat dan tidur macam tu je..siyes memag tak lena sebab rumah orang..if rumah sendiri insyALLAH aku tak bangun kot..okey sesudah kul 5 aku dan faris ke opis dan mulakan operasi di HOSPITAL KLANG....


ffuuuhh masa nak kerja penat2 berlaku..penat ap tau berjalan je..*maybe berat badan berat sgt kot* aku operasi ni dalm jadual habis kul 10  malam, dan macam biasa la tak semua tepat kan dalm 9·30  gitu habis..so aku hantar faris rumah dan terus balik la...dari kul 10 rsenya aku balik, perjalanan biasa la ke rumah aku satu jam..tapi memandangkan stuasi aku penat dari pagi lagi aku kuar dan dengan bawak motor ni..aku rasa mengantuk sangat masa bawak tu...sebab tu perjalanan aku makin lambat dan tahu tak aku smpai rumah pukul brap??? okey smpai dekat kul 12 gitu..mak aiii aku rase selama ni aku tido lambat mana pun masa tgo euro tak plak rasa letih dan penat tahap maksima macam ni..so far sampai rumah je aku mandi dan solat jap..pasti dengan segera aku masuk bilik dan tidur..berjaya la aku tidur dgn sepantas kilat akibat kepenatan tu..tidur awal sebab hari sabtu  aku ada operasi lagi,sbb tu aku tido awal..so kul 6 tadi aku bangun nak gerak g opis..tapi mata aku aku je,tak da la cam muka x cukup tidur..cuma badan je rase penat...so hari ni dari kul 8 briefing jap n then operasi bermula..hari ni bertambah penat aku sebab hari ni dah la masa sgt panjang sampai kul 6 petang dan lokasi operasi pun byk...antara tempatnya stesen komuter,bas,pusat membeli belah klang parade dan centre point klang...tadi memg azab sgt sebab bukan ap duduk dalm kenderaan jabatan macam ikan sardin je..dengan cuaca yang sgt panas tu..haya ALLAH je yang tahu berpeluh dalam pajero tu..*siyes azab giler tadi, tapi aku buat muka cool je,tak orang tahu.biasa la kan emosi muka sgt penting....hahahaahhahaa..okey aku citer sikit masa operasi tadi macam2 hal berlaku,tapi my team okey je..tak ada masalah dan aku berjaya kuarkan 4 notis untuk hari ni..so far not bad la kan...tapi tadi aku lepaskan 2 orang tua yang merokok di kawasan larangan, aku kesian sgt kat dye orang yalah dia dah tua,memag tak patut kalau saman dye orang..so just bgi health education je kt dia...


so macam tu untuk aku hari ni duk lakukan benda yang sama dari satu tempat ke tempat..tapi aku rase memang enjoy gak tadi,best je dapat tengok orang dan tempat yang pergi operasi tu dah lama aku tak pergi..so far dapat jalan-jalan..selepas selesai semua tadi aku balik terus je rumah..smpai kat rumah dalm kul 7 lbih..ohhh sgt penat tau bayangkan la aku kuar dri kul 7 pagi dan balik kul 7  lbih...smpai keras tapak kaki aku....okey mlm ni aku mlas nak kuar dan duduk rumah je..malas buat aktivit ap2.. malam ni makan pun tak..tak rasa pulak lapar malam ni..tu je la aku nk share kan..aku rse if tiap2 minggu macam ni jwbnya satu je *hahahahahahahahaha* penat LOL.....okey la aku nak layan tv jap sebelum tidur..okey jumpa next time ya..bye..

Friday 29 June 2012

Sibuk Agaknya

Hai!!! assalamulaikum dan selamat pagi....pagi yang indah ni aku cuba nak menaip ap yang aku suka....hari ni aku kerja pagi..semalam aku tak dapat nak updates status sebab semalam aku cuti..semalam aku tak berapa sihat sangat sebab tu aku cuti.....so that why la aku tak menulis semalam..okey untuk hari ni aku just nak share dan memberitahu minggu ni minggu yang sibuk bagi aku..sibuk apa ya??? hurmm sibuk dengan operasi LORRRR!!!! operasi kerjaya aku  sbg AEHO....
okey aku nak citer sikit pasal operasi ni...yalah minggu ni habis je kerja waktu petang aku asyik kena join operasi PPKHT 2004 atau operasi MEROKOK la di kawasan yang dilarang..tak kira mana tempat yang melarang menghisap rokok memang tidak boleh..selain itu jugak operasi OBD..orang belum dewasa yang merokok....so setaiap petang aku kena join la aktiviti ni..kadang-kadang best jugak aktiviti ni..dapat tangakp orang dan keluarkan saman kat orang..selain itu boleh tengok reaksi orang yang bermacam-macam..ada yang takot, ada yang marah kat kita orang, ada yang sedih sangat sebab kena saman..huramm macam-macam la aku tengok..so pada aku operasi ini sangat bermakna la, sebab sedikit banyak dapat membantu seseorang itu menjadi lebih berani berdepan dengan orang # aku macam cakap dengan cermin je ni# yalah aku ni kan takot nak tegur dengan orang tak kenal..so memang tak la aku nak tegur, so dengan operasi ni jadi berani la sikit....lagi pun aku tangkap orang tak ada tua sangat, tak banyak ragam. dye orang bagi kerjasama yang sangat baik....selain itu dengan operasi ni juga ianya dapat menyekat aktiviti lain aku..untuk minggu ni aku tak dapat nak melepak kat luar bersama kawan-kawan...penat kot balik operasi kalau nak keluar lagi g lepak sana sini..so balik je je dari operasi akan aku rehat dan tidur je..dengan itu dapat mengurangakan aktiviti sosial aku di luar*aktiviti baik je *...aku ni suka berjalan so minggu ni aku harap dapat duduk rumah dan tidur je..okey berbalik citer operasi ni. sebenarnya apa yang aku buat ni semua arahan ya,,bukan suka-seka je aku buat..dah arahan dari unit penguatkuasaan undang-undang..semua ni jugak terlibat dengan pihak negeri, iaitu jabatan kesihatan negeri selangor..


so terpaksa la mengikutinya..sasaran dari pihak negeri sekurang-kurang sebulan 1 notis tau kena keluarkan..#notis tu saman la ya..so untuk pencapaian pertengahan tahun ni, aku kena ikut banyak operasi.....okey la sampai sini je la aku nak conteng hari ni...kepala aku dah sakit balik .k bye!!!

Tuesday 26 June 2012

Macam Menangis!!!

ASSALAMULAIKUM dan salam 1 malaysia...hari ni aku terlewat lagi sampai tempat kerja..ni gara-gara tidur lewat la malam tadi..sekarang aku hadapi sindrom tak boleh nak tidu malam... dalam bahasa "trypanosomiasis".
.korang nak tahu apa maksud try-try la cari sendiri ya..aku malas nak jelas dengan maksud tu....aku tak ada masa sangat untuk buat entry ni..yalah aku menulis pun masa kerja..kalau ikutkan mana boleh buat pekara lain masa kerja...tapi aku sangat bosan dan rasa nak menulis je..okey berbalik pada entry n tajuk yang aku bagi kat atas iaitu MACAM MENANGIS..okey apa yang aku nak ceritakan pasal ni ialah masa kejadian aku pagi tadi..hari dah lama aku bangun lewat, tapi sebenarnya aku tak bangun lewat dalam pukul 6 tu aku dah bangun, tapi akibat mengantuk sangat aku baring lagi atas sofa, kan aku dah cerita tadi yang aku ada masalah nak tidur..so aku boleh lelapkan mata tadi pun dalam kul 5 pagi dah..so macam 1 jam je aku tidur malam tadi..okey aku nak ceritakn kenapa boleh aku menangis..ceritanya macam ni , masa aku on da way g kerja tadi aku rasa pedih giler dengan mata ni....aku kan pergi kerja dengan motor so dengan keadaan aku yang tak cukup tidur tu tambah pula dengan keadaan jem dekat shah alam tu bagaikan mimpi ngeri aku hari-hari pergi kerja....dah la rumah aku dengan tempt kerja dalam satu jam..jauhkan,,sesetengah orang mesti tak sanggup..tapi aku dah biasa semua tu...apa yang membuatkan aku rasa menangis tadi, aku ni alergic dengan satu pekara, iaitu ASAP!!!

asap ni banyak kategori, tapi asap kenderaan la yang paling aku tak boleh..aku bila terkena asap pda mata aku, mata aku akan berair dan kemerahan dan terus tidak boleh melihat..penyakit ni memang dah lama aku alami..tadi aku terpksa berhentikan kenderaan aku sebab aku memang tak boleh bawak motor..ceritanya begini pagi  tadi ada sebuah lori saiz biasa, bukan lori treler okey, tapi lori tanah kalau tempat aku sebut..lori tu membuatkan mata kau sakit  dengan asap yang hitam tu menghembus ke muka aku..aku memang tak boleh melihat lansung tadi..nasib baik aku tak jatuh je tadi, cepat2 aku cari tempat yang sesuai untuk aku berhenti....so memang aku tak tahan sangat tadi.tapi memang aku macam menangis la tadi..habis orang tengok aku,,malu plak..kalau ikutkan hati aku memang aku tak nak la pergi kerja dengan motor..okey la aku dah mula sibuk sekarang..okey aku cau dulu..k bye!!!

Monday 25 June 2012

AKU BUNTU TANPA MUZIK

salam dan selamat pagi dunia...hari ni hari isnin..mesti ramai yang tak suka dengan hari isnin..bagi seorang yang sudah berkerja mesti hari isnin hari yang malas untuk kita pergi kerja..sama la macam aku juga...aku sebenarnya pun malas juga kalau hari isnin untuk datang kerja.nak tahu kenapa aku malas ,yalah pagi2 aku meredah jem yang sangat sesak..maklum la aku ni kan duduk di kota metrtopolitan..*yeke ke?? tapi boleh nak katakan macam tu la, dulu tengok dalam tv je sibuk orang nak g kerja, sekarang aku pulak alaminya...tapi nasbib baik okey je, aku ni g kerja dengan motor je..*tu la langkah yang aku ambil untuk sampai cepat di tempat kerja....segala habuk, kuman penuh melekat pada muka aku..tension kan kalau hari2 macam ni..sebenarnya aku ad je keta kalau nak g kerja..btw kalau aku g kerja dengan keta, aku kena gerak kul 6.00 pagi la jwbnya... so tak nak la ku buat macam tu hari-hari..okey la berbalik pada entry kali ni..hari ni aku keja pagi dan semestinya minggu ni aku keja shift pagi...suka tak suka aku kena kerja la..dah kerja hakiki aku.. apa yg aku nk citer untuk kali ni ialah pasal lagu... sebab aku ni boleh dikata seorang yang cintakan muzik, lagu-lagu dan sebarang bunyian alat  muzik..tanpa muzik dalam hidup aku, aku rasa macam tak lengkapaj e..sebab hari-hari aku mesti dengar muzik..korang pun mesti macam tu gak kan..kalau bosan dan stress pun layan muzik..so aku rasa muzik ni memang terapi.hehehehehehe..bagi aku bulan ni  aku sudah jatuh cinta dengan sebuah lagu.kiranya bagi aku lagu untuk bulan ni JUN...korang nak tahU lagu apa yang aku suka untuk bulan ni...lagu ni femes melalI youtube..disebabkan trend sekarang ramai penyanyi dan bakat baru muncul dAri youtube ni...macam cendawan tumbuh selepas hujan la..so far aku tak kisah la semua tu, bagi aku setiap dye orang tu ada bakat sendiri..kaadang-kadang teringin nak jadi macam dye orang ni..main gitar dan menyanyi..tapi boleh ke aku ni..okey aku tak nak merepek lagi...lagu yang aku suka untuk bulan ni ialah lagu  "AKU SUKA DIA"...mesti korang tahu sape penyanyi ni kan..dia ni macam NAJWA LATIF gituu...oka la aku bg thu je la dia ni AINAN TASNEEM
ni la dia..comel gak kan!!
yang ni buat muka kiut la kot
.......entah knp aku dgr lagu best plak..byk kali aku ulang lagu ni..lirik dia pun best...apa-apa tahniah la utk dia..aku memamg suka sgt lagu ni...okey nanti aku selitkan vedio utk lagu ni..korang boleh la dgr ya..kalau dah dgr bagus la..okey la..bye...


Lirik Lagu "Aku Suka Dia"


Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba mengampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya


Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis 'Aku suka kamu'

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka di
a...







Saturday 23 June 2012

Misi Tertengok Mael Lambong-Lambong

salam apa khabar semua..hari ni hari sabtu..so far hari ni aku kerja..macam biasa aku shift petang sorang2...my partner tiada cuti..so petang yang indah ni aku kerja la sorang-sorang sampai malam..ni kerja hakiki aku..memang tak boleh nak elak la....btw aku sampai tempat kerja tadi pun lewat sikit dalam kul 2.15 gitu..lewat aku beli nasi dulu...dah malam tadi aku tido lewat...okey untuk entry kali ni aku just nak share je pasal malam tadi kenapa aku balik lewat pagi..dalam kul 5 lebih aku sampai rumah..ni semua gara-gara MAEL LAMBONG...hahahahhahaha..korang mesti tahu kan apa tu mael lambong..mesti korang dah tahu ni...so biarkan lah aku nak citer kan sikit  la pasal ni..sebenarnya dari 2 hari lepas lagi aku rasa nak tengok citer mael lambong ni..citer ni lakonan ZIZAN RAZAK..so aku tengok trailer dan iklan dia promote kat tv kelakar la plak..acttually aku ni jarang gak nak tengok wayang citer melayu..yalah takot membazir..bukan tak nak sokong produk malaysia...tapi kadang tengok citer melayu macam tak bagi effects apa pun...macam kata membazir duit pada satu yang merugikan..okey la aku tak nak citer pasal citer yang tak meguntungkan aku tu..berbalik pada malam tadi,,,aku teringin sangat nak citer ni..pastu aku ajak la baharum kawan aku belajar kat UIA tu..memang dari awal la aku nak tengok citer dan aku pun kol la si baharum ni ajak kuar..yalah malam tadi aku pun bosan tak tahu nak buat apa..malas duk rumah lama-lama..aku pun settle hal rumah n then kul 8.30 malam aku gerak g ambik si baharum ni kat kota damansara..sudah ambil  baharum ni dia pun ajakla aku  makan kedai arwah BOB KUMAN dekat kota damansara.yalah masing-masing masa tu lapar kot tak makan lagi...kat kedai ni ada hidangan nasi n western food je..aku makan nasi la dengan baharum..okey harga not bad n sedap jugak..first time aku makan situ...pastu aku terus gerak ke THE CURVE.&sebenarya sebelah je the curve tu*untk lewat gak la masa tu..dah melantak lama sangat..masa beli wayang tu pun dekast kul 12 dah...

so tiket wayang kami kul 12.05....ohh aku ingtkan aku dengan bahrarum je tengok  citer ni rupanya ramai jugak la tengok citer ni..seat belakang penuh..ternyata ramai la org spesies aku nak tengok citer ni...si baharum ni plak selalu perli aku..dia ni lagi la langsung tak suka tengok citer melayu...tapi aku still ajak dia....semasa menonton citer mael lambong ni aku tengok si baharum ni la yang gelak lebih dari aku..aku gelak macam biasa je...kata tak suka konon..padahal best je...so far dari aku tengok citer best la jugak..sebaba citer mael lambong ni boleh hilangkan streess...sape-sape yang rasa stress tu boleh la tengok citer mael lambong ni..ternyata boleh hilangkan stress....






aku malas nak citer sinopsis citer ni kat korang sebab kalau aku citer kan mesti korang x best la, korang measti g tengok citer ni sendiri..tak rugi pun tiket rm12.00 je..sape-sape yang minat lakonan zizan razak baik pergi tengok...aku pecaya kalau korang gi tengok citer ni mesti melambong-lambong jadinya...sebuah citer yang kelakar..pelakon-pelakonnya pun best.....okey la aku nak sambung kerja...melayan customer!!!! ok bye..

Wednesday 20 June 2012

TABIAT BURUK dan TAK SIHAT

assalamulaikum dan apa khabar semua..hari aku keja..seperti biasa after masuk kerja aku mesti kemaskinikan facebook , twitter, blog dan sebagainya..sebab benda tu semua macam rutin harian..memag tak sah la kan klu tak buka..selebihnya macam biasa la aku tengok status updates orang dan sebgaainya...macam biasa ad gak status blog n facebook yang aku baca tu agak jijik yalah.ada yang berlagak sangat nak baca tahu semua benda...ohhhh aku tak nak mencarut lagi la..dosa la semua ni..biasa la dia dgn dunia nak gelemer dia..sape orang tu aku tak nak citer... bagi aku dia macam katak bawah tempurung je..hurmm aku nak jadi mulut macam AZWAN ALI jap..hope yang baca ni tak kisah....untuk aku updates hari ni, aku sebenarnya tak ada apa sangat nk di ceritakan aku macam biasa dengan rutin harian kerja...balik mlm pastu lepak dengan housemate kat rumah..so far, sekarang aku banyak habiskan masa aku dengan menonton tv di rumah..rase tak perlu la aku ceritakan citer ap yang aku tengok..sebab semua citer tv 3 aku tengok....aku ni kaki tv sikit la bila waktu malam..semua citer ynag ditayangkan di tv 3 memang best...terima kasih la pada penerbit dan penulis skrip yang memaparkan citer yang best2..okey aku tak nak citer pasal tv je..mesti bosan lama2 nk citer pasal rancangan kat tv tu...sekarang musim euro 2012..so aku pun mcm biasa la tengok jugak euro tau..jangan ingat aku ni tak tengok....kadang-kadang aku minat gak bola..ramai org cakap aku ni tak minat bola...tak kan aku nk citer kat org weh aku tengok bola kan..aku tengok team faveret aku je..klu team yang bg aku aku x suka aku x tengok la..pasukan yang aku suka n sokong ialaj GERMANY...
hahahahhha..hope tahun ni dia menang la...selain tu aku minat PORTUGAL dan SPAIN...so klu team ni lawan aku mesti la tengok..if sorang kat rumah pun aku layan jugak tau.... aku pun sanggup bersekang mata untuk perlawanan ni....okey berbalik citer lain pula dalam masa sekarang ni aku macam biasa la menceburi bidang baru..heheheheh..yalah aku rasa dah lama dah aku suka bidang ni cuma masa je yang x mengizinkan aku buat semua tu...so sekarang ni ad amasa free boleh la aku ceburi dengan lebih mendalam lagi..sebenarnya bidang ni aku dah masuk dekat setahun dah tapi aku sebelum ni belum lagi sepenuhnya..sekarang aku macam ad amasa lapang banyak je jadi aku cuba la luang masa dengan semua ni...hurmmm yalah bidang yang aku minat sangat tu macam biasa la..orang yang mengenali aku dangan rapat mesti la tahu aku macam mana...actually aku ni minat fashion...hahahahh dari dulu lagi aku dangan fashion x boleh dipisahkan..hahahhaha..entah aku suka tengok something yang cantik dan menawan...so aku rase bidang tu macam okey je...suka hati la orang nak cakap apa kan..macam org minat sesuatu gak la...dah minat mana boleh buang mcm tu je...so aku rasa aku suka bidang ni, jadi aku dah 6 bulan dah mengikuti kelas fahsion ni..so far sedikit sebanyak telah memberi aku pengetahuan dalam bidang ni...aku buat semua atas dasar minat je..bukan apa-apa pun...aku mula rasa suka bidang ni apa bila hobi aku yang tak boleh dipisahlan dalam hidup aku iaitu shopping..hahahhah tu la hobi aku paling aku suka..aku rasa tak ramai lelaki luar sana suka shopping kot..kalau ada ramai abgus la..boleh la shopping sama-sama....sejak dulu lagi aku banyak manghabiskan duit aku dengan ni..akau suka mengumpul koleksi..

hahahahh aku citer ni amcam aku ni orang kaya berduit plak..sebenarnya aku ni pokai je...aku cuma shopping time ada sales..selain itu time biasa tak ada sales aku shopping jugak bila someting barang yang aku suka..okey benda yang aku paling suka kumpul ialah semestinya la bag..

hahahahah aku rasa kat rumah aku banyak giler dah kot beg yang aku kumpul....selain itu aku suka be;i kasut na seluar n baju..oloo x salah kan untuk kepuasaan diri....aku x sure la aku perlu letak gmbr koleksi aku kat sini ke x...sebab aku bukan jenis menunjuk apa yang aku ada..lebih2 lagi barang koleksi kau tu bukan jenama sangat pun macam LV, PRADA JASPAL, CHANEL pun...aku just kumpul barang jenama biasa je yang aku beli, SEED, PA, TOPMAN dan ZARA,,, so just koleksi biasa je...aku rasa kalau dalam sebulan aku x shopping semua ni hidup aku tak lengkap je..hahahahh..tabiat yang tak sihat untuk aku benda ni la....okey la aku dah penat nak citer...sebenarnya ni waktu keja, aku curi-curi je menulis..okey..bye2...nanti kita jumpa lagi....okey salam...

Monday 18 June 2012

KeinDaHaN CinTa YanG TerBenTanG

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaa aku kembali lagi uhhhhhhhhhhhhh...
sekian lama harus berlawan dengan waktu yang tidak menentu
akhirnya.....aku kembali setelah sekian lama aku tidak menulis
kini aku kembali menulis lagi



Cinta adalah " Alur Kehidupan " mengalir bagaikan air menghiasi Kehidupan Hati dan Perasaan. Biarkan Cinta datang dan menghampiri hati dengan sayap-saya nya. cinta akan selalu ada di hati dan hati akan selalu di isi dengan cinta...


Ketika Senja akan di telan bumi
Angin berhembus meninggalkan dedaunan yang berguguran
Mengarahkan mata pada satu pandangan
Memandang satu Cinta yang ada dalam hati

Cinta.....
Segenggam harapan yang kau hadirkan di depan ku
Membuat kaki cinta mampu bangkit dari keterpurukan
Membuat kasih dan sayang lebih di mengerti
Memberanikan diri untuk membenamkan cinta dalam kehidupan
Cinta.....
Tersenyum dirimu melihat aku
Seakan tahu apa yang hati rasakan
Mengerti bahwa kini aku belum bisa memiliki mu

Cinta.....
Aku harus mengerti sandiwara ini
Permainan cinta yang berjalan sesuai dengan alurnya
Merajut cinta diantara kasih sayang yang tak tahu arah
Menempatkanya pada tempat yang ada
Sehingga hidup dan cinta saling berjalan bersama.





Memenjarakan Perasaan Cinta ku

Berdiri dengan kaki cinta menopang dengan kekuatannya
Menancapkan kata sehati dan tak pernah ingin mengingkari

Lembut cinta menemani sang Putri kerinduan
Kicauan Cinta dari hati yang lain
Merdu terdengar.......
Membujuk untuk merubah haluan
Mencoba Menyandarkan Perahu Cintanya di hati

Malaikat cinta.........
Matikan perasaan cinta ku
Disaat........
Cinta akan memalingkan wajahnya untuk cinta yang lain
Biarkan lah dirinnya hangat
Disaat.....
Kerinduan itu merendam kedalam jiwa
Menemani pengharapan cinta untuk kekasih hati

Meminta dengkuran kata-kata indah mu
Untuk mendampingi hatiku yang rindu ini
Menunggu...
Menunggu Mu datang dan memetikan bunga kerinduan
Yang bersemi di hati.....
Dan menyelipkan sekuntum diantara hatiku dan hatimu...




























Tuesday 29 May 2012

Problem?? just keep it???

Assalamualaikum w.bt.Semua....

Apa yang kita akan buat bila kita ada problem? Sometimes bila kita ada masalah, kita akan pendam. Or kita cuba untuk pendam, bukan? Sebab kita akan rasa kita ni akan  burden someone others untuk dengar masalah kita. Maybe korang tak, tapi orang lain laa plus diri aku sendiri. Mungkin korang ni jenis The Persuader maybe (banyak cakap) and suka market diri. Yes, benda ni bukan tak bagus. Bagus apa. Bila nak interview kerja, confirm korang dapat punye laa. Sebab munasabab nya ialah korang pandai market diri dan bijak bersuara.

Berbalik semula kepada topic tadi. Bila korang ada masalah, beritahu laa kepada yang sudi mendengar dan pandai memberi respon yang baik. Please! Jangan cari partner yang kita sendiri rasa uncomfortable untuk beritahu masalah kita. Mahu tak mahu dia pula yang makin tambah masalah kita. And then, apa yang jadi? Masalah korang akan jadi lebih parah then you will going to under depression and isolate yourself. Haaa. Kan dah tak ada life gittu.


Next ask yourself: What is the worst possible thing that could happen if this problem is not solved? Then proceed to accept the worst. Be prepared to cut your losses. It will calm your mind in such a way that you wont believe! - ezinearticles
Kalau korang pendam masalah korang, tapi korang sendiri kuat untuk hadapi ujian yang Allah berikan, then it's okay. Go on. But, when you are not strong enough to accept this problem on your own, then berkongsi laa masalah.Actually, pendam masalah memang bukan satu benda yang baik. Kalau kita segan dan tidak bersedia untuk memberitahu masalah kepada orang lain yang kita selesa untuk bercakap sekalipun, kita kan ada Allah. Don't tell Allah bout your problem, but tell problem that you have a biggest Allah. Persist until you succeed! :)

Saturday 19 May 2012

Why ENGLISH is IMPORTANT





Assalamualaikum wbt.

Until now, I'm learn English.Why do this subject is truely important? Dulu masa sekolah rendah until laaa masuk sekolah menengah,terasa menyampah nak mati dengan subject ni. I'm malay, so why didn't goverment just suggest us to keep learning Malay like Japanese, Chinese and other country do? Diorang tidak begitu mementingkan sangat English dalam kehidupan diorang. Kan?

Bila saya tanya 'Kenapa English ni penting sangat?', and then mereka cuma boleh cakap 'Because you must be globalise.' That all? Haha. I don't think so. But anyway when i think deeply, i need to learn english more. Because when I'm out graduate or in other words, when i want a job i need to use this English. Because it's globalise! Yes! English languange are controlling our world. And it is became our languange. -.-' 



Muslim's malay must know English too because when we want to preach non-muslim, we are not allowed to use Malay. Haha. Please don't speak Malay to them. They cannot understand and your preach became suspended. Maka, disitu laa kepentingan English untuk kita. That what I'm pointed out before, it is because to preach others, Islam. Enough to you understand why this languange really important then. Hehe. 

P/S : And satu lagi sifat orang kita, memperlekehkan kawan kita yang bercakap bahasa omputeh ni sampai laa satu hari diaorang tak berani untuk berkata-kata dalam bahasa ni. Don't laugh for ur friend because they want to learn what it is called Important Mission. hehehehe~~ *Entah bila la boleh bercakap english dengan baik dan cekap*





Saturday 4 February 2012

sumpahan kum kum with zue n teresa.....

hh
salam apa khabar semua ya..sekaragbaru ad masa untuk updates blog..rasa memeng tak ada masa sgt untuk updates apa yang patut...mengenai entry kali ni aku nak updates sebab bukan apa, semalm aku tegok citer sumpahan kum-kum.cite ni di cadangkan oleh teresa..so aku follow je..sebab aku pon suka tgok cite seram..but seram komedi aku x suka..seyelssy mcm sampah kalau aku tgok citer seram komedi....ckup la kau tgok last aritu dgn padil.....kalo aku tgok dgn teresa n zue..aku nk citer sikit pasal dye org ni.dye org kwn baru aku..kita orang kenal pon ms buat lesen keta...soskrg dah jadi kwn...bagus jugak buat lesen keta at least blh dpt kwn baru......lebih2 lagi kte orang ni mcm satu kepala je.so blhp la masuk caka pasal2 pon..apa2 pon best sgt orag berdua..kalau krang aca blog aku ni, mesti krang ketawa kan..kita mcm dh kenal 3 tahun dh..pdahal baru Je..apa2 pon korang best......

pk berbalik pada citer kum-kum ni masa kte orang tgok tu takot gak..tapi kan aku kan laki,kena la berani...tapibynag kelakarnya teresa yag ajak tgok citer la aku rse yang plaong tkot..dah dia yang paing kecik...ok la tu paling takot..sory teresa...hahahahahaahaha..tapi zue ponakot gak...kedua-dua dye oragakan ttup muka bila screen tunjuk gbr hntu..xleh blah kan..nak tgok citer hantu tapi gak takot nk tgo rupa hantu.....citer ni sejam lebih, pdq mula byk persoalan yg timbul.....last2 habis tgo aru tahu ending dia mcm mne..apa yang aku bleh sinopsis kan cter ni ialah, citer ni berkisahkan satu keluarga dimana mereka menerima dugaan dan rintagan diatas perbuatan maknya yang mengamalkan ajaran sihir....akhirnya nasib keluarga anaknya yang menimpa sumpahan tersebut...tapi keluarga anaknya masoh selamat....begitu la sedikit dapat aku citer..kalau korang nk rse sendiri,korang pergi la tgok......ok la smai sini saja la aku nk updates pon..leguh tngan aku menaip guna tab ni..kalau ad keyboard xpe gak..ni main touch....jenuh aku...ok bye semua..camat mlm...love u zue n teresa!!!!!!!!

Thursday 2 February 2012

Beranikah AKU???? Yakinkah AKU?????


macam  dah putus harap....ermmmmm..sebelum ni aku dah meluahkan rasa yang hampa jugak la...sebab aku tidak dapat nak tunaikan hasrat seseorang tu....sebaba apa yer????
sebaba aku tidak berani nak menolak.....menolak takdir yakni ketentuan Tuhan.....aku sendiri pun macam konpius sikit tapi aku mesti dan harus tempuh hidup yang bakal menjelang nanti....tapi memamg aku akui, aku masih dan perlukan masa untuk melupakan apa yang aku rasa memng patut...s
kata mak, "hidup tak selalu indah"...memamg betul.....harus begini..harus yakin...tapi BERANIKAH aku????


kalau tanya diri sendiri, memang aku berani....tapi mungkin tiba kau menjadi takut......yalah belum pernah tempuh lagi memang lar....sebab tak ada pengalaman....kena pulak aku kena mengatur
langakah apa yang perlu # terase takot tu sentiasa dtg setiap kali pikir#mungkin sebab dan pengaruh mentaliti yang semakin bercambah dengan gaya hidup dan rakan2 ....so buat mase ni aku kena ikut jalan aku sendiri jalan yang dulu yang aku bina dan mungkin nanti au akan akhirnya dengan janji yang ada

Tuesday 31 January 2012

Bila diri dah diBENCI


susah nak di ungkapkan dengan kata-kata.......

kadang2 kita ni sebagai manusia, lupa nikmat Tuhan...bila kita dalam kesusahan, baru  Tuhan yang kita cari..bila kita dah senang, kita lupa dan alpa dengan rrezeki dan peluang yang Tuhan berikan....

aku cuba mengambil positif hal ini, tetapi bila ad yg membenci, aku tak mampu untuk bertahan lagi....pada dasarnya memang ya....tetapi itu bukan aku..tidak sesekali aku menanam kembali rasa itu pada insan yang juga manusia seperti aku..



Jika aku bersalah, maafkanlah aku...aku hanya insan biasa..yang hanya bergantung harap pada manusia di muka bumi yang fana ini...

Aku doakan semoga mereka yang membenci aku itu bahagia dan mendapat ketenangan
iwa.....

COme BAck~~ PIDaus

hai semua apa khabar····dah lama rsenya blog ini terkubur....so aku cuba nk buat come back..bukan apa sebelum ni sibuk dgn keja hakiki dan sibuk juga dgn aktiviti lain..satu lgi punca aku x berblog pun sebab aku xde laptop,so sgt susah aku nk menulis dan buat apa saja.#laptop rosak teruk#

apa-apa pun aku akan cuba untuk aktifkan balik...teringin nak beli laptop,tapi gk xde masa nk pegi beli #masalah duit satu hal jugak#so aku lepas ni boleh la aku cuba mengisi apa yang boleh di kongsi bersama..pengalaman , isu dan sebagainya..insyaALLAH.....chewahhhh #Hahahahahaha


pe pun, selamat berblog dan jgn la segan untuk berkunjung ke blog aku yer...adiosa~~~

Monday 7 November 2011

KEJAAAA~~~ sekarang keja dah sinonim dalam kehidupan aku....cuti umum or cuti khusus pun dah menjadi lumrah dalam hidup aku...kalau dulu raya korban ni meriah je nak sambut..macam tahun lepas aku sempat lagi sambut hari raya korban...tahun ni aku tak beraya pun...aku pulak tak balik disebabakankan dengan jadual kerja yang memaksa aku kerja...so beraya la aku kt k.l ni....hurmm dengar je takbir mlm raya semalam rasa sangat sedih..terasa nak balik kampung je nak jumpa mak..hurmm tapi apakan  daya, aku macam biasa la untuk lepaskan rindu tu, aku pun kol la mak dalam sejam dua..hurmmmm borak2 dengan nada yang tidak sedih..biasa la kan tak kan nak mak tahu perasaan kita..so aku cover la bercakap, walau hati ni sedih..hurmm aku bukan nak citer sangatt pasal ni..semalam untuk mengubati hati aku yang tidak tahu nak buat ap, aku pun macam biasa bangun pag-pagi lagi pergi sembahyang raya..hurmmm pastu aku balik la, hurmmmm pastu aku pun ajak la kwan aku keluarr pi jalan2..macam biasa tempat aku jalan-jalan mid valley la..hurmmmm dah itu je tempat yang terdekat....ternyata kat midvalley tu ramai orang cina je ramai...aku je rasa orang  melayu kat situ..hurmm peduli apa aku..hurmmm untuk mengubati hati yang penuh dengan kebosanan ni aku pun shopping la...aku habiskan duti saki baki gaji bulan lepas..memeg gila la..dah sekarang tengah sakit nak tunggu gaji, leh plak aku perabiskan semua...memang aku semakain gila..hurmmm aku macam biasa, bila dah window shopping tu mesti la dapatkan hasilnya...so beli la 3,4 helai baju..hurmmm banyak jugak duti aku habis..tapi tak pe, janji hatiku puas...pastu aku pergi tengok wayang..hurmm masa tu citer banyak best jugak..tapi pilihan TINTIN je...aku tengok citer macam menarik je....hurmmm waktu kul 7 aku duk kat situ....pastu buleh plak aku g the curve..hurmm teringin sagt nak mkn meatball..so aku pun gerak la dengan kawan g sana...kat the curve pun aku pun tershopping lagi..hahahah..macam biasa pantang jumpa PADINI aku ni..teros masuk..hurmmm kopak duit lagi....pastu aku balik la....tido awal untuk keja.......itu la pekara aku buat hari raya korban.....tak tahu la bermakna ke tak..tapi hati aku puas semalam, sebab perabis duit banyak..ok..sekian~~~~

Saturday 1 October 2011

MAAFKANku



Otakku buntu!!!!!!!. Aku tidak thu lagi apa yang nak di tulis. SUdah lebih dari 3 jam aku berada di opis ni, tapi tiada sedikit pun inspirasi mengalir ke otakku untuk aku tulis. Aku bingung!!!!!, .. Awalnya aku ingin menceritakan sebagian kisah hidupku lagi, KISAH CINTA dan apa2 la, tapi kisahku juga tidak menarik untuk aku menulis dan dijadikan tatapan umum rasanya .Hari ini 1 oktober bermula bulan baru, pejam celik, dah nak habis dah tahun 2011 ni. tinggal lagi 2 bulan lagi nak habis....banyak pekara, kenangan yang berada di tahun 2011 ni..apa-apa pun setiap orang mempunyai kenangan masing-masing..ok la..aku just nak layan lagu je untuk hari ini.korang pun leh layan gak ya...






kau hadir mewarnai hidupku,,
segala bantuan kau hulurkan untuk ku,,
tanpa meminta sebarang balasan dariku,,
kau ikhlas melayan segala karenah ku..

kau adalah insan terbaik bagiku,,
belum kutemui yang lebih baik darimu,,
hanya kau satu2nya berjaya mengetuk pintu hatiku..
ku buka luas hatiku hanya untukmu..

namun,, ku sedar siapa diriku,,
aku insan berhati batu,,
menafikan segala cintaku,,
keegoan merajai jiwaku..

bukan salahmu,,
bukan jua silapmu,,
cuma aku yang menafikan kata hatiku,,
kerna ku tahu ada yang menanti dirimu..

kucuma ingin kau tahu,,
bahawa kau lah insan pertama yang menyentuh hatiku,,
yang mengajar ku erti cinta ikhlas buatmu,,
juga erti pengorbanan dalam cintaku..

maafkan segala kekhilafanku..
bukan niatku meninggalkan dirimu..

cuma kupohon sedikit ruang dan waktu..
untuk ku fikirkan masa depanku..

percayalah,, jika benar kau diciptakan untuk ku,,
pasti suatu hari kita kan bertemu,,
ketika itu lamarlah aku sebagai teman hidupmu,,
pasti lebih bahagia hidupku dan hidupmu..