Monday 25 June 2012

AKU BUNTU TANPA MUZIK

salam dan selamat pagi dunia...hari ni hari isnin..mesti ramai yang tak suka dengan hari isnin..bagi seorang yang sudah berkerja mesti hari isnin hari yang malas untuk kita pergi kerja..sama la macam aku juga...aku sebenarnya pun malas juga kalau hari isnin untuk datang kerja.nak tahu kenapa aku malas ,yalah pagi2 aku meredah jem yang sangat sesak..maklum la aku ni kan duduk di kota metrtopolitan..*yeke ke?? tapi boleh nak katakan macam tu la, dulu tengok dalam tv je sibuk orang nak g kerja, sekarang aku pulak alaminya...tapi nasbib baik okey je, aku ni g kerja dengan motor je..*tu la langkah yang aku ambil untuk sampai cepat di tempat kerja....segala habuk, kuman penuh melekat pada muka aku..tension kan kalau hari2 macam ni..sebenarnya aku ad je keta kalau nak g kerja..btw kalau aku g kerja dengan keta, aku kena gerak kul 6.00 pagi la jwbnya... so tak nak la ku buat macam tu hari-hari..okey la berbalik pada entry kali ni..hari ni aku keja pagi dan semestinya minggu ni aku keja shift pagi...suka tak suka aku kena kerja la..dah kerja hakiki aku.. apa yg aku nk citer untuk kali ni ialah pasal lagu... sebab aku ni boleh dikata seorang yang cintakan muzik, lagu-lagu dan sebarang bunyian alat  muzik..tanpa muzik dalam hidup aku, aku rasa macam tak lengkapaj e..sebab hari-hari aku mesti dengar muzik..korang pun mesti macam tu gak kan..kalau bosan dan stress pun layan muzik..so aku rasa muzik ni memang terapi.hehehehehehe..bagi aku bulan ni  aku sudah jatuh cinta dengan sebuah lagu.kiranya bagi aku lagu untuk bulan ni JUN...korang nak tahU lagu apa yang aku suka untuk bulan ni...lagu ni femes melalI youtube..disebabkan trend sekarang ramai penyanyi dan bakat baru muncul dAri youtube ni...macam cendawan tumbuh selepas hujan la..so far aku tak kisah la semua tu, bagi aku setiap dye orang tu ada bakat sendiri..kaadang-kadang teringin nak jadi macam dye orang ni..main gitar dan menyanyi..tapi boleh ke aku ni..okey aku tak nak merepek lagi...lagu yang aku suka untuk bulan ni ialah lagu  "AKU SUKA DIA"...mesti korang tahu sape penyanyi ni kan..dia ni macam NAJWA LATIF gituu...oka la aku bg thu je la dia ni AINAN TASNEEM
ni la dia..comel gak kan!!
yang ni buat muka kiut la kot
.......entah knp aku dgr lagu best plak..byk kali aku ulang lagu ni..lirik dia pun best...apa-apa tahniah la utk dia..aku memamg suka sgt lagu ni...okey nanti aku selitkan vedio utk lagu ni..korang boleh la dgr ya..kalau dah dgr bagus la..okey la..bye...


Lirik Lagu "Aku Suka Dia"


Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba mengampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya


Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis 'Aku suka kamu'

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka di
a...







No comments: