Sunday 21 August 2011

MiD VaLLeY~Rise of the Planet of the Apes

ASSALAMULAIKUM..Rasa lama dah x mengupdates STATUS kat BLOG ni....disebabkan PUASA, so apa-apa akitiviti pun kena kurangkan sikit la...untuk updates kali ni aku just nak SHARE mengenai citer ni..apa yang kau tengok ni..tapi sekrang baru updatesnya. Siapa dah tengok cerita ni?? Aku pon terkejut dengan diri aku sebab sanggup nak tengok cerita babun ni dekat panggung. Tah macam mana tah, janji nak berbuka puasa dengan SS dekat MidValley. Tapi aku sampai awal pulak. Dia soh datang pukul 5. Aku sampai pukul sebelas. Punya lah punctual tak beragak aku ni kan. haaa melanguk lah aku sensorang dekat Mid Valley tu kan. Dia soh pi tengok wayang dulu ke hape. Lama lagi nak tunggu..
Aku pon cari lah movie yang masuk dalam pukul 2pm. If pukul 2pm, Zohor dan Asar boleh solat. Kang amek pukul 4pm mahu lebur Asar aku. Tu satu hal. aku pon tengah konpius nak tengok cerita hape.Dah sensorang, sensorang lah kena buat keputusan. Tapi movie "Rise of the Planet of the Apes" ni je yang pukol 2pm. Ahhh bantai je lah beli tiket cerita ni
Aku tengok poster cerita ni gambar babun. Aku dah rasa macam aku salah pilih movie je ni. Adakah aku membuat satu pembaziran nak tengok babun dalam movie.?? baik aku pergi ZOO je kan tengok babun.gedebak gedebuk dah pukul 2pm. aku pon masuk panggung
Disebab kan aku tengok sorang je. Seat sebelah aku kosong mula mula. Aku dah harap harap awek-awek lawa dok sebelah aku ke hape kan.

Feeling nak tengok babun tu lebih sikit kan? Tiba tiba ada sorang minah ni dok tengok tiket dia, tengok seat sebelah aku. cantik la jgak..tapi chinese ok!!. cina pun cina lah...hurmm tiba-tiba plak balak dia datnag..hurmmmmmm..hancur!!!!! hurmmm xpe la Aku datang nak tengok babun , bukan nak tengok korang kan? Tapi kecewa gak lah. sebab mengharapkan awek cantik dok sebelah memula. muahaha keji bebeno  fikiran di bulan bulan puasa ni.
Then cerita pon start. Perghhhhhhhhhhhhhhh aku boleh cakap cerita ni BEST GILA!!! Best pon tak gila macam ni hoiii! Aku tak tahu pulak James Franco berlakon cerita ni.. Memang double best lah citer ni!

James Franco
Meh lah aku cerita sikit cerita ni pasal apa. Will Rodman (James Franco) dia ni doktor hape mende tah. yang kaji kaji ubat tu. Aku tak tahu nama saintifik dia. Tapi yang pasti dia doktor. Dia ni nak cari satu ubat yang boleh ubat penyakit Alzheimer. So dia dah dapat lah kaji virus ALZ-112 ni. sebab ayah dia sakit Alzheimer ni. Mula mula dia test dekat cipanzi betina yang bernama "Bright Eyes". Tapi memang dia bijak lah lepas tu. Tapi "Bright Eyes" ni mati. but dia meninggalkan baby dia yang bernama CAESAR.

Time CAESAR ni kecik kecik kan comel gilaaa wei. Aku tengok cerita ni terus rasa aku nak bela babun sekor. Comel tengok dia main lompat lompat. Tapi kalau simpan dekat rumah aku ni. Mahu jahanam semua periuk mangkuk mak aku dia buat main kan? Simpankan je lah hajat nak bela babun ni.
Will ni pon bela lah CAESAR ni. Tapi CAESAR ni bijak gila tahu?? Sebab dia terikut gene mak dia. Mak dia kan si Will ni dah bagi dengan virus bijak tu. So Caesar ni dah terikut lah.Bila dia tengok babun ni bijak dengan virus ALZ-112 ni. Dia pon bagi test dekat ayah dia. Mula mula ayah dia OK tau bila dapat virus tu.Then dia ingat dia dah berjaya. Tapi lama lama ayah dia makin teruk pulak.Dan sebenarnya virus ni sangat efektif dekat babun. Tapi tidak pada manusia.

time ni CAESAR amek virus ALZ-112 ni nak sebar dekat kawan kawan dia. bagi kuat dan bijak macam dia jugak
eh aku malas lah nak cerita lagi. Penat aku taip. Karang korang bukan tengok pon. hehh. Tapi overall aku sangat puas hati dengan cerita ni. Aku bagi 4.2/5 bintang. 4.2 bintang over 5 tinggi tu hoiii. Cerita ni lagi best dari Captain America dan Transformers . Serious wa cakap lu. Tapi cerita ni sedih jugak lah last last. Menitik air mata kejantanan aku bila tengok scene last woh. Malu aku nangis dalam panggung. Tak macho dah. Pasal babun je pulak tu. Tu aku tak puas hati tu.
time ni sedih gak depa hantar CAESAR ni dekat Zoo. Tapi penjaga dalam ni sangat bongok. Nyampah aku! korang tengok korang tahu lah macam mana depa ni layan Caesar ni semua dalam kandang

heroin cerita ni. Muka macam pelakon Bollywood aku tengok minah ni. Tapi tah hape nama. Malas pulak aku nak google. dia ni doktor jugak dalam filem ni


Teknik CGI dalam cerita ni terbaik lah! walaupun aku tahu babun tu bukan nya bebetul punya babun kan. CGI je lebih. Tapi nampak macam real gila dowh.

Pesanan terakhir daripada aku. JANGAN-PANDANG-RENDAH-DENGAN-CERITA-YANG-BABUN-BERLAKON-TAHU???-SEBAB-DEPA-PUNYA-CERITA-LAGI-BEST-DARI-CERITA-ROBOT..
Ok bye!
   

No comments: